Nur Fazura Sharifuddin, atau lebih dikenali dengan nama Fazura sememangnya salah satu selebriti di Malaysia yang mempunyai berjuta pengikut di Instagram. Kelab peminat Fazura bersama suaminya pelakon Fattah Amin juga tidak kurang hebatnya. Ini telah dibuktikan apabila pasangan ini berjaya meraih Anugerah Couple Meletop 2019 kerana mendapat jumlah undian yang tinggi dari peminatnya.
Dimata peminat mereka mungkin antara individu yang disanjungi, jika di mata ‘haters’ mereka saja lah yang buruk dan semua tak kena. Namun bukan semua orang yang tahu sikap sebenar mereka di belakang tabir, kecuali ahli keluarga, rakan rapat dan pengurus peribadi.
Baru-baru ini, perkongsian oleh penyampai radio NASIONALfm, DJ Sonic tentang Fazura mendapat perhatian ramai. Menerusi instagram peribadinya DJ Sonic, beliau sekali lagi berkesempatan menjadi juruacara untuk majlis yang dibuat oleh Fazura.
Kali ini Fazura telah mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat bersama anak
Sepanjang perkenalannya dengan Fazura, DJ Sonic sudah ‘masak’ dengan sikap aktres popular ini dalam memastikan majlisnya berjalan lancar. DJ Sonic mendedahkan bahawa Fazura tidak akan duduk diam sejak dari sebelum majlis berlangsung sehinggalah ia selesai.
“Nahh..siapa tak kenal Fazura! Inilah kisahnya!!! Bukan Sekali atau 2 kali saya jadi pengacara untuk program Fazura. Tapi banyak kali juga. Ramai tak tahu! Orang ingat Fazura akan datang ,duduk, makan dan balik. Tidak ya! Fazura lain sedikit. Fazura akan buat semuanya. Dia akan buat sendiri. Dia akan betulkan meja, pinggan, aturcara program, hiasan deko, pendek katakalau dia tengok bunga tu jatuh di lantai, sedaya upaya dia akan buat balik. Tadi ulang alik Fazura masuk keluar dewan tau, untuk pastikan segalanya terbaik dan lancar. Sebab itu Fazura sentiasa menjadi kesayangan semua orang. layan peminat macam kawan kawan. Kalian tengok sendiri dalam video.” tulisnya di Instagram.
Di Instagram DJ Sonic juga, kita dapat lihat kemesraan antara Fazura dan Fattah yang begitu mesra bersama tetamu dan anak-anak yatim. Dalam video itu juga, Fazura terlihat tidak menahan sebak selepas Fattah memberi ucapan selamat hari lahir kepada isterinya yang tercinta.
Dalam sisi lain, DJ Sonic turut mengucapkan terima kasih kepada Fazura kerana banyak membantu kerjaya seni dirinya. Sebelum ini DJ Sionic pernah menjadi juruacara majlis kepada majlis pertunangan Fatah dan Fazura, dan seterusnya mengacara majlis pernikahan mereka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.