• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Tak Pakai ‘Stuntman’! Aksi Lawan Dalam Filem Geran Dijamin Realistik

by Phic ARMAN
October 1, 2019
Share on Facebook

Industri perfileman Malaysia sangat erat kaitannya dengan filem aksi. Sebut saja Sangkar, KL Gangster dan masih banyak lagi filem Malaysia yang bergenre aksi serta suspen yang sangat berjaya di Malaysia. Namun sehingga ke hari ini jarang sekali dapat lihat penerbit ataupun pengarah filem menghasilkan sebuah karya yang mengangkat seni bela diri tradisional asli iaitu Silat.

Sedar akan kekurangan itu, pengarah Areel Abu Bakar tidak teragak-agak untuk menghasilkan filem karya sulung arahannya berjudul Geran. Tanpa mendapat bantuan kewangan dari mana-mana badan atau agensi, akhirnya buah tangan pengarah berusia 34 tahun ini bakal di tayangkan kepada penonton pada 10 Oktober ini.

View this post on Instagram

A post shared by Filem Geran (@filemgeranofficial)

Bukan biasa-biasa, filem Geran membariskan bintang berpengalaman seperti Namron, Aeril Zafril, Adam Shah dan Nizam Zaidi. Menurut Areel, antara tujuan Geran dihasilkan adalah untuk mengangkat ikon seni silat berkenaan di Kedah yang semakin dilupakan oleh anak muda zaman sekarang.

“Insyallah sekiranya filem Geran ini berjaya mendapat sambutan orang ramai di Malaysia mahupun di luar negara, sekurang-kurangnya kita dapat mengangkat semula nama seni bela diri tradisional asli, Silat yang semakin dilupakan,” ujarnya.

Menurut Areel, sesuatu hal yang unik dalam filem Geran ini, kebanyakkan pelakon terdiri dari pengamal seni bela diri yang sudah berpengalaman untuk melakukan aksi lawan.

“Untuk mendapatkan aksi yang realistik dalam filem, saya memang memanggil pelakon yang betul-betul berpengalaman dalam silat. Insyallah, Tanpa menggunakan ‘Stuntman’, penonton akan berpuas hati dengan setiap aksi lawan yang disajikan”- katanya

Bertanya soal kewangan dari mula penggambaran hingga filem siap sepenuhnya, Areel berkata rata-rata pelakon tak kira baru atau lama yang terlibat tidak mengharapkan bayaran segera selepas habis penggambaran. Menariknya, mereka bersama-sama sepakat untuk memberi keutamaan menaikkan nama Silat daripada meraih keuntungan.

“Soal bayaran tidak menjadi keutamaan kepada mereka, keseluruhan team produksi termasuk pelakon sama-sama menyumbang demi memertabatkan seni Silat”

“Harapan saya, orang melayu dapat menghayati jalan cerita dari filem Geran ini. Sebenarnya filem ini mengisahkan cerita terpencil tetapi isunya sangat berat berkenaan nilai harta pusaka yang mesti dijaga dikalangan orang melayu”

Adegan aksi lawan mewarnai sebagian besar dari official trailer filem Geran yang dimuatnaik di laman Youtube Layar Pictures Sdn Bhd. Rata-rata penonton menyuarakan sokongan terhadap usaha memertabatkan seni Silat dan tidak sabar untuk menonton di panggung pada 10 Oktober ini.

YouTube video

Secara ringkasnya sinopsis filem Geran ini, ia mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan seguru dalam ilmu persilatan. Namun disebabkan ada sejarah di antara mereka berdua, mereka saling berdendam dan persengketaan terus berlarutan. Hal ini melibatkan anak-anak Pak Nayan ke dalam situasi yang rumit. Apakah yang dilakukan oleh Haji Daud kepada keluarga Pak Nayan?

Jangan lupa saksikan filem aksi ini bersama rakan-raka mulai 10 Oktober 2019 di panggung berhampiran anda.

View this post on Instagram

A post shared by Filem Geran (@filemgeranofficial)

https://lomp.at/btv71
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

4 Pelakon Terbaik Berjaya Bawa Watak OKU Dalam Drama !

by Khai Azfar
June 16, 2019

Tidak dinafikan, kewujudan pelakon-pelakon yang membawa watak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sesebuah drama berjaya mempengaruhi jalan cerita dan juga...

Read moreDetails
Filem

10 Filem Seram Turki Ini Boleh Buatkan Sampai Terbayang Hantu Di Belakang Anda

by Naddy Joe
July 2, 2020

Sebut sahaja filem seram, pelbagai jenis filem seram yang bermain dalam minda. Antaranya, filem seram Thai, filem seram Korea, dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore