Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

by Farah Fatihah
April 19, 2026
Gambar: Official Website @pulaitrail

Gambar: Official Website @pulaitrail

540
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau kalian ingat Kuala Lumpur cuma dipenuhi bangunan tinggi dan kesesakan lalu lintas, sebenarnya masih ada satu tempat tenang yang ramai belum tahu. Pulai Trail di Bukit Persekutuan ini merupakan kawasan hutan bandar yang sesuai untuk diterokai, sambil jadi contoh usaha komuniti dalam menjaga dan melindungi alam semula jadi di tengah bandar.

Usaha Komuniti Lindungi Hutan Bandar

Pulai Trail bukan sekadar laluan mendaki biasa. Ia merupakan sebahagian daripada Projek Lindungi dan Pulihkan Hutan Bandar (PTCF), satu inisiatif komuniti yang berusaha memelihara dan memulihkan kira-kira 6 hektar kawasan hutan di Bukit Persekutuan.

Misi utama mereka adalah untuk mendapatkan perlindungan undang-undang bagi hutan ini supaya kekal terjaga untuk jangka masa panjang. Apa yang menarik, usaha ini bukan saja digerakkan oleh komuniti, tetapi turut disokong oleh penyelidikan berasaskan sains serta rangkaian rakan kolaborasi yang kukuh.

Ada Cerita Di Sebalik Hutan Ini

Bagi yang suka sesuatu yang lebih daripada sekadar berjalan, Pulai Trail turut berkongsi kisah menarik melalui penceritaan “Si Pulai”.

Watak ini membawa kisah mingguan tentang flora dan fauna yang hidup di kawasan hutan tersebut. Menariknya, setiap perkongsian bukan sekadar cerita biasa, tetapi telah disemak oleh penyelidik dan ahli akademik bagi memastikan fakta yang dikongsikan tepat dan boleh dipercayai.

Topik Berkaitan Tak Perlu Hadap Jem! Ini 5 Bazar Ramadan Paling Senang Akses LRT & MRT Di Kuala Lumpur

Kenali Flora Sepanjang Laluan

View this post on Instagram

Hutan ini dipenuhi dengan pelbagai spesies tumbuhan yang berkembang secara semula jadi sejak dahulu lagi.

Sepanjang laluan, terdapat kod QR yang boleh diimbas untuk mengetahui maklumat ringkas tentang tumbuhan tertentu. Bukan saja fakta asas, malah ada juga cerita rakyat dan kisah menarik yang dikongsikan, menjadikan pengalaman berjalan lebih bermakna.

Laluan Santai Tapi Tetap Menarik

Gambar: Official Website @pulaitrail

Pulai Trail menawarkan laluan sepanjang kira-kira 1.2 kilometer yang sesuai untuk pelbagai peringkat. Laluan utama ditandakan dengan jelas, jadi mudah untuk diikuti walaupun kali pertama datang.

Bagi yang suka cabaran, Loop 2 yang masih dalam pembangunan menawarkan pengalaman mendaki tahap sederhana. Sampai di bahagian tertentu, ada peluang untuk melihat sarang helang yang menjadi antara tarikan unik di kawasan ini.

Bengkel Percuma Untuk Orang Ramai

Selain aktiviti mendaki, PTCF juga menganjurkan bengkel pengurusan hutan secara percuma. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga, melindungi dan memulihkan hutan bandar.

Ia juga membuka peluang kepada komuniti untuk lebih faham bagaimana keseimbangan antara pembangunan dan alam semula jadi boleh dicapai. Bagi sesetengah orang, Pulai Trail bukan sekadar tempat untuk berjalan santai. Ia juga ruang untuk belajar, berehat dan menghargai alam sekitar.

Tambahan pula, kawasan ini mesra haiwan peliharaan, jadi sesuai untuk luangkan masa bersama rakan atau keluarga sambil menikmati suasana hijau yang jarang ditemui di tengah kota.

Hutan Terakhir Di KL

Gambar: Official Website @pulaitrail

Apa yang menjadikan Pulai Trail lebih istimewa ialah statusnya sebagai salah satu hutan asli tanah pamah yang masih kekal di Kuala Lumpur. Kawasan ini telah berkembang secara semula jadi sejak sebelum bandar ini pesat membangun.

Kewujudannya hari ini menjadi peringatan bahawa ruang hijau seperti ini sangat bernilai dan perlu dijaga bersama.

Kenapa Perlu Ambil Tahu

Dalam keadaan bandar yang semakin membangun, kawasan hijau semakin berkurang. Pulai Trail membuktikan bahawa usaha komuniti mampu memberi impak besar dalam menjaga alam sekitar.

Kalau kalian mencari tempat untuk rehatkan minda sambil menikmati alam, Pulai Trail boleh jadi salah satu pilihan yang tepat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kuala Lumpurpulai trail
Share216Tweet135SendShare

KINI TRENDING

Foto - @klinternationalairport (IG)
LifeXplore

5 Sebab Kenapa Kamu, Si Traveller Perlu Datang Awal Ke Lapangan Terbang

by Nurul A.
October 6, 2026

Selalu tiba di lapangan terbang ngam-ngam sebelum penerbangan? Mungkin lepas ini boleh cuba datang lebih awal. Bukan sahaja tak perlu...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
Suria KLCC
LifeXplore

Warna-Warni Deepavali, Suria KLCC Group Meriahkan 3 Pusat Beli-Belah

by Nurul A.
October 30, 2026

Kumpulan Suria KLCC menjemput orang ramai meraikan Pesta Cahaya dalam suasana penuh gemilang sempena Deepavali ini. Nantikan kemeriahan sambutan di...

Read moreDetails
RAMBUT BASAH
Kesihatan

Kerap Tidur Dengan Rambut Basah? Hati-Hati, Kamu Mungkin Hadapi 4 Masalah Ini

by Nurul A.
October 20, 2026

Kamu pernah tidur dalam keadaan rambut masih basah? Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah...

Read moreDetails
LifeXplore

AIM25 Cecah 24.5 Juta Tontonan, TVS Buktikan Sarawak Boleh Gegarkan Pentas Nasional

by Phic ARMAN
October 4, 2026

Siapa kata acara besar mesti berlangsung di Kuala Lumpur baru boleh mencuri perhatian seluruh negara? Buktinya, Anugerah Industri Muzik ke-25...

Read moreDetails
Air Putih
Kesihatan

Kamu Berisiko Koma & Bengkak Otak Jika Minum Air Putih Berlebihan?

by Nurul A.
November 12, 2026

Memang betul, kalau ikut saranan doktor, setiap individu perlu minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.  Namun jika kamu terlebih...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Bercuti Dengan Anak Tanpa Stres? Mungkin Ini Masanya Anda Ke Hilton Burau Bay Langkawi

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Kalau anda pernah bercuti bersama anak, anda pasti tahu satu perkara, perkataan “bosan” boleh muncul lebih cepat daripada makanan sampai...

Read moreDetails
LifeXplore

Daripada Awana Kijal Ke Resorts World Kijal, 30 Tahun Bukan Sekadar Nama

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Kalau anda pernah dengar nama Awana Kijal, mungkin terus terbayang sebuah resort tepi pantai yang pernah menjadi pilihan keluarga untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Bayar Guna Samsung Wallet, Kumpul Shopee Coins? Ciri Baharu Ini Bakal Tiba Di Malaysia!

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pernah tak ketika hendak membuat pembayaran, anda terpaksa keluar masuk beberapa aplikasi semata-mata mahu mencari kaedah pembayaran yang sesuai? Nampak...

Read moreDetails
LifeXplore

CERRUTI 1881 Tampil Lebih Elegan, Aedy Ashraf Jadi Tumpuan Di IOI City Mall

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Siapa sangka Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan konsep reka bentuk kios baharu jenama fesyen antarabangsa CERRUTI 1881?...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara