Khas buat peminat  alat permainan bongkah kecil iaitu LEGO, LEGO Malaysia telah mengumumkan pembukaan LEGO Certified Store (LCS) yang ke-12 di Malaysia bertempat di Pusat Beli-belah Sunway Pyramid pada hari ini 1 Oktober 2019. Diuruskan oleh Box of Bricks Sdn Bhd, outlet baru LCS menunjukkan komitmen LEGO untuk meningkatkan pengalaman LEGO untuk peminat LEGO Malaysia dan menarik lebih ramai pelanggan baru di negara ini.

Sempena pembukaan kedai LCS Sunway Pyramid, terdapat banyak promosi dan perkongsian menarik yang berlaku sepanjang bulan Oktober.

IKLAN

Set LEGO Heritage boleh didpati percuma pada hujung minggu pertama pembukaan (4 hingga 6 Oktober 2019), sementara stok masih ada dengan pembelian sebanyak RM699 ke atas.

Selain itu, terdapat juga promosi istimewa Star Wars yang berlangsung pada hari pembukaan di mana sebuah beg cenderahati LEGO Star Wars akan diberikan percuma kepada 10 pelanggan pertama yang membeli LEGO Star Wars Imperial Star Destroyer (75252).

Manakala pada 4 Oktober (Jumaat), diskaun 20% akan diberikan ke atas produk-produk terpilih mulai 11:00 pagi hingga 1:00 petang. Untuk memeriahkan lagi hari berkenaan,
Maskot LEGO Star Wars akan membuat kemunculan dan menyertai acara penyampaian cenderahati istimewa!

Setiap aspek gedung LEGO Certified Store telah direka bentuk dan dibina oleh The LEGO Group, termasuk sudut Pick A Brick Wall dan Build A Minifigure yang merupakan antara ciri-ciri paling popular.

Lebih menarik, terdapat juga cabutan bertuah untuk 100 pembeli pertama pada hujung minggu pembukaan yang sama, dengan beberapa hadiah menarik. Jadi tungga apa lagi, jom berkunjung ke outlet terbaru LEGO pada hujung minggu ini!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN

Komen Anda