Array

Makin Canggih! GoPro Hero 8 Black Kini Diperkenalkan Secara Rasmi

Seperti biasa, setiap model terbaru sudah pastinya mempunyai beberapa penambahbaikkan dan dikatakan Hero 8 Black adalah model terbaik berbanding kesemua model sebelum ini.

Mesti Baca

Ini mungkin berita baik buat anda yang ingin membuat vlog memandangkan kini Vlog semakin mendapat apatah lagi dikalangan selebriti. Selepas setahun, GoPro muncul lagi dengan model terbaru mereka, Hero 8 Black.

Diperkenalkan Dengan Beberapa Fungsi Baru 

Seperti biasa, setiap model terbaru sudah pastinya mempunyai beberapa penambahbaikkan dan dikatakan Hero 8 Black adalah model terbaik berbanding kesemua model sebelum ini.

Dalam GoPro Hero 8, ianya didatangkan dengan Media Mod sesuai untuk mereka yang ingin membuat rakaman video dan mereka yang bekerja sebagai pnggiat industri media. Kelebihan ini, pengguna dapat menambah pelbagai aksesori lain seperti skrin LCD tambahan, lampu LED serta tripod.

Fungsi HyperSmooth 2.0 Curi Perhatian 

Selain itu, ciri menarik dalam model ini semestinya fungsi HyperSmooth 2.0. Dengan mod ini, anda tidak perlu risau video yang dirakam tidak jelas mahupun bergegar teruk kerana ianya membolehkan pengguna mendapatkan video yang stabil dengan jelas dan terang dalam resolusi 4K 60FPS. Malah fungsi video gerak perlahan, TimeWarp 2.0 turut diperkenalkan.

Untuk anda yang beminat, GoPro Hero 8 dijual dengan harga $399 bersamaan RM1670.81) dan harga ini tidak termasuk dengan aksesori tambahan yang lain. Ada yang berminat?

Terkini

Selain Neelofa, Perkahwinan Ini Juga Dikatakan Membelanjakan Jumlah Wang Yang Besar Di Hari Bahagia Mereka

Di Malaysia, perayaan perkahwinan kadangkala berlangsung selama beberapa hari. Sesetengah selebriti akan mengadakan majlis sambutan yang berbeza untuk keluarga,...

Artikel Berkaitan