Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Demam GV 6 Bermula! Ini Fakta Mengenai 13 Peserta Kali Ini

by Khai Azfar
October 10, 2019
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Minggu ini, demam Gegar Vaganza 6 bakal bermula. Bersiaran pada 13 Oktober selama 8 minggu, menariknya musim kali ini menampilkan seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada penyanyi-penyanyi yang berpengalaman era 80-an dan 90-an.

 Fakta Mengenai 13 Peserta Kali Ini

Ramai yang tidak tahu terutamanya generasi kini mengenai latar belakang peserta-peserta kali ini. Merancakkan lagi GV 6, kami tampilkan beberapa fakta menarik mengenai kesemua 13 peserta.

Sham Visa

Sham atau nama sebenarnya Rohisham Hashim,47 pernah popular bersama kumpulannya, Visa suatu ketika dahulu. Malah lagu popular mereka seperti Untukmu Selamanya dan Dalam Gerimis masih popular dimainkan di corong radio sehingga ke hari ini. Selepas 13 tahun meninggalkan dunia seni untuk bekerja di pelantar minyak, wajah terkini Sham ternyata mengejutkan ramai peminat kerana mempunyai iras Robert Downey Jr. Dek kerana penampilannya itu, peminat menggelarkannya sebagai Tony Stark Malaysia.

Noorshila Amin

https://www.instagram.com/p/B20UTjylz5Z/

Barangkali Noorshila Amin tidak dikenali oleh generasi muda kini. Namun buat mereka yang berada di er 80-an dan 90-an namanya cukup popular apatah lagi lagu Rambu Ramba menjadi siulan anak muda ketika itu. Noorshila pernah menjadi fenomena apabila beralih dari irama dangdut kepada nyanyian lagu berentak balada.

Naqiu Boboy

Selain Newboyz, kumpulan Boboy juga cukup popular suatu ketika dahulu. Kini untuk GV6, vokalis utamanya, Wan Naqiuddin Mohd Najib atau lebih dikenali sebagai Naqiu kembali di persada seni untuk bersama-sama memberi saingan hebat kepada peserta lain. Selain popular dengan lagu Episod Cinta, kumpulan Boboy pernah mempunyai telemovie ‘Boboy the Movie dan ‘Demi Masa’.

Kool

View this post on Instagram

A post shared by HAIRIOT.KooL.Official (@hairiotkool)

Kumpulan Kool sebelum ini dianggotai Jay, Zack, Riot dan Hairie sekitar tahun 1994. Saban tahun, kumpulan ini sering diundang membuat persembahan khas sehinggalah GV6, Kool muncul kembali dengan menampilkan dua ahli kumpulan itu Riot dan Hairie. Berkebolehan menari adalah satu satu kelebihan mereka sehingga Riot turut dikenali sebagai Michael Jackson Malaysia. Untuk yang tidak tahu, Hairie merupakan anak saudara kepada Datuk Khadijah Ibrahim.

Roy

View this post on Instagram

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial)

Pernahkah anda mendengar lagu-lagu Patriotik seperti Sejahtera Malaysia,Malaysiaku Gemilang,Perpaduan Teras Kejayaan dan “Wawasan 2020? Benar, penyanyi tersebut merupakan Roy atau nama sebenarnya Muhammed Raizan Alwi. Selepas tamat kontrak sebagai seorang pensyarah, Roy begitu aktif menyanyikan lagu sebagai busker dan siapa sangka penyanyi bersuara emas ini mampu memainkan 50 buah lagu dalam 1 hari!

Feeza

Masih ingat dengan Feeza yang popular dengan lagu popular ‘Ungkapan Kata Bernafas Cinta’ ? Ya, Feeza kini kembali! Siapa sangka, sisi manis penyanyi ini sebenarnya dia merupakan seorang pegawai di Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Hady Mirza

Suatu ketika dahulu nama Hady Mirza mencetuskan fenomena selepas dinobatkan sebagai pemenang Asian Idol bagi musim pertama. Terdahulu, pelantun Angkasa ini berjaya menjuarai Singapore Idol sekitar tahun 2006.

Mazleela

Mazleela atau nama sebenarnya Mazlila binta Mazlah popular menerusi lagu Tabah. Gemersik suaranya sehingga ke hari ini membuatkan ramai yang terlupa bahawa Mazleela sebelum ini merupakan seorang bekas penyanyi Istana Johor. Malah Mazleela juga pernah bernaung di bawah label yang sama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, SRC.

Ameer Sofazr

View this post on Instagram

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial)

Lagu-lagu popular Sofazr seperti Dan Bila Esok , Janjiku cukup popular suatu ketika dahulu. Mengubati kerinduan peminat, Ameer kembali untuk GV6. Sebagai info kumpulan Sofazr pernah tampil dengan filem mereka sendiri yang berjudul ‘Sofazr the Movie-Jiwa Kacau’.

One Nation Emcees

Biarpun antara yang paling ‘junior’ dalam GV6, One Nation Emcees punyai kelebihan mereka tersendiri. Selepas mengumumkan kemasukan penyanyi Sabhi Saddi di dalam kumpulan ini, siapa sangka kesemua anggota One Nation Emcees terkini berasal dari Sabah. Sabah ok bah!

Nurfatima

Saat diumumkan, ramai yang begitu teruja apabila Nurfatima kembali untuk GV6. Biarpun kini menetap di luar negara, pemegang Ijazah Kejuruteraan Audio dari Institut SEA di Sydney ini sanggup pulang ke tanah air bagi mengubati kerinduan peminat. Adakah peminat bakal mendengar Selembut Sutera versi 2019 kelak? Sama-sama kita nantikan!

Wann

View this post on Instagram

A post shared by Wann (@wann_rashidah)

Lagu Bossanova dan Darah Muda sering kali menjadi pilihan buat mereka yang gemar berkaraoke. Terkenal dengan usikan manja ‘Wan Teran’ kami pasti ramai yang tidak sabar untuk mendengar lagu-lagu versi baharu dinyanyikan oleh Wann!

Jatt Black Dog Bone 

Paling ‘legend’! Biarpun dikategorikan sebagai penyanyi lagenda, namun Jatt mencabar dirinya untuk bersama-sama bertanding dalam program realiti ini. Siapa sangka, 2019 merupakan tahun yang ke 46 Jatt bertapak di dalam industri ini!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
gegar vaganzaGegar Vaganza 6
https://lomp.at/i0mbb
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem