• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Khir Rahman & Azlee Antara Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

by Khai Azfar
October 10, 2019
Share on Facebook

Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) kembali! Program realiti pertandingan komedi bagi musim kali ini dijangka bakal mencuri perhatian peminat dengan kemunculan peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pencapaian yang membanggakan sebelum ini.

Bermula 1 November 

Bakal membuka tirainya secara rasmi bermula 1 November ini, MLM 2019 akan berlangsung selama 11 minggu berturut-turut dan disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan distrom melalui platform Astro GO dan On Demand.

Memperkenalkan seramai 11 peserta solo dan berkumpulan, MLM 2019 juga menampilkan beberapa muka baharu seperti Azlee di dalam kumpulan Stone, juara program Muzikal Lawak Superstar iaitu J-Born (Khir Rahman, Vicha dan Joey) serta peserta dari Indonesia, Rahmet dan Popon dan tidak ketinggalan duo dari Brunei, Cali.

Seorang Pelawak Bakal Diserap Masuk Menerusi Hot Seat

Menariknya lagi bagi edisi kali ini, MLM membawakan satu episod istimewa, Maharaja Lawak Mega 2019- Kerusi Panas(Hot Seat) yang akan bersiaran pada seminggu lebih awal iaitu pada 25 Oktober 2019.

Buat yang tertanya, dalam episod ini 12 orang pelawak akan bertanding bagi merebut satu lagi tempat di pentas utama MLM 2019 menjadikan jumlah keseluruhan peserta kelak adalah seramai 12 orang peserta.

Untuk kali yang kelapan, Dato’ AC Mizal sekali lagi diberi mandat sebagai hos MLM 2019 dan barisan jurisan tetap akan diumumkan secara esklusif pada siaran langsung minggu pertama kelak.

Senarai Peserta

  1. Rojak – Bell, Chiwan dan Rahim
  2. Puteh – Mamak, Ali dan Man
  3. Bocey – Achey, Abam dan Fad
  4. Zero – Atu, Syaiful dan Syarif
  5. Rare – Ajak, Ropie dan Pak Ya
  6. J-Born – Khir Rahman, Vicha dan Joey
  7. Stone – Mamat, Azlee dan Acong
  8. Jambus – Tauke dan Tapai
  9. Cali (Brunei) -Khai dan Tony
  10. Rahmet (Indonesia)
  11. Popon (Indonesia)
  12. Hotseat (akan dikemaskini)

Hadiah Kemenangan

  1. Juara – RM500,000 dan sebuah trofi
  2. Naib Juara – RM250,000 dan sebuah trofi
  3. Tempat Ketiga -RM150,000 dan sebuah trofi
  4. Tempat Keempat – RM50,000 dan sebuah trofi
  5. Tangga Kelima – RM15,000 dan sebuah trofi
maharaja lawakmaharaja lawak megaMLM 2019
https://lomp.at/cce16
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Foto - EduBestari
Berita

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

by Nurul A.
February 4, 2026

MURAI percaya ramai yang ternanti-nantikan pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) oleh pihak kerajaan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore