Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Tahniah! Jamal Abdillah Timang Bayi Perempuan

by Khai Azfar
October 11, 2019
Share on Facebook

Setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata perempuan, semalam penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah, 60 menerima kehadiran orang baru dalam keluarga selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25 selamat melahirkan anak sulung mereka.

Bersalin Secara Pembedahan 

Kredit Foto: Mstar

Menerusi perkongsian yang dibuat, Zai Izzati telah melahirkan anak perempuan mereka menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam. Seberat 2.7 kilogram, kongsi Jamal lagi isterinya selamat bersalin pada jam 5.35 petang dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

Pilih Nama Azura 

Seperti yang dimaklumkan Jamal kepada murai.my sebelum ini, dia telah menamakan anaknya sebagai Nur Azura Yamani.

Menurut penyanyi itu, nama tersebut dipilih kerana merasakan begitu dekat di hatinya sejak dahulu lagi apatah lagi turut mempunyai single popular berjudul Azura yang menjadi runut bunyi kepada filem Azura (1984).

“Alhamdulillah, kandungan sudah masuk lapan bulan lebih dan isteri saya dijangka akan melahirkan anak perempuan kami pada 5 November ini. Nama anak pun sudah dipilih, saya namakan Azura Yamani kerana nama itu begitu dekat dan sudah lekat dengan saya sejak dahulu lagi. Ke mana sekali pun, orang pasti akan kaitkan saya dengan Azura”

Jamal berkahwin dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak. Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Konsert Legasi P. Ramlee: Menghidupkan Kembali Aura Seni Ikonik
anak jamal abdillahDatuk Jamal Abdillah
https://lomp.at/t5yq5
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem