Costa Coffee, rangkaian kopi kedua terbesar di dunia 1 , akan berada di sekitar Lembah Klang untuk berkongsi kopi kegemaran mereka dengan lebih ramai rakyat Malaysia sepanjang bulan Oktober.

IKLAN

Sebagai jenama kedai kopi kegemaran di UK 2 , Costa Coffee bertapak di Malaysia sejak tahun 2011, dan menyediakan kopi secara ‘on-the-go’ dengan kualiti terbaik seperti dibuat oleh barista menerusi mesin kopi kami, Costa Express Marlow di lebih 300 lokasi seluruh negara.

Diasaskan pada 1971 oleh adik-beradik Costa – Sergio dan Bruno Costa, Costa Coffee percaya kopi yang enak adalah untuk semua orang. Setiap tahun, kami sentiasa berusaha gigih menghasilkan kopi yang lebih baik dan ia telah membawa kepada penghasilan kopi istimewa mereka iaitu Mocha Italia Blend selepas adik-beradik Costa menjalankan sejumlah 112 percubaan melibatkan pelbagai adunan berbeza.

Trak Costa Coffee membawakan pengalaman unik Costa Coffee di sekitar lembah Klang. Ke-tiga dari kiri: Claire Murphy, Pengarah Pembangunan Antarabangsa. Ke-empat dari kiri: JuLee Lim, Pengurus Pemasaran.

Komitmen mendalam Costa Coffee dalam menyediakan kopi terbaik dapat dilihat menerusi proses pemilihan biji kopinya, dimana hanya 1% pengeluaran biji kopi dunia digunakan. Setiap kelompok biji kopi dirasa oleh ‘Master of Coffee’ mereka, Gennaro Pelliccia, yang dilatih sendiri oleh adik-beradik Costa. Deria rasanya merupakan aset penting dalam kawalan kualiti mereka, sehinggakan lidahnya pernah diinsuranskan sebanyak £10 juta.

Biji kopi Costa Coffee yang menerima Pensijilan Rainforest Alliance melalui proses pemanggangan yang perlahan, selama 18 minit bagi mengekalkan minyak semulajadi yang terdapat di dalam biji kopi.

Hasilnya, ia mewujudkan rasa istimewa Costa Coffee, iaitu rasa karamel yang amat digemari di seluruh dunia.

Anda ingin tahu rahsia bagaimana mesin kopi layan diri Costa Coffee boleh menghasilkan minuman yang berkualiti?

Menerusi semangat inovasi, mesin Costa Express Marlow boleh membuat penilaian sendiri dan dipadamkan bagi tujuan penyelenggaraan, sekiranya ia tidak berfungsi secara optimum. Setiap cawan minuman dihasilkan menggunakan biji kopi Mocha Italia yang baru dikisar dan susu segar seperti yang terdapat di kedai Costa Coffee.

Kopi Percuma

IKLAN

Bulan ini, Costa Coffee ingin #sharetheobsession dengan anda. Trak kopi Costa Coffee akan membawakan pengalaman Costa Coffee yang enak kepada anda dengan hidangan klasik Costa Coffee seperti kopi latte, kopi ‘flat white’, cappuccino dan pelbagai minuman menarik yang lain.

Yang paling seronok, ia adalah percuma!

Sekiranya anda seorang pencinta kopi dan ingin mendapatkan kopi Costa Coffee, ikuti Costa Coffee di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan lokasi dimana kami akan menghidangkan minuman istimewa kami di sekitar Lembah Klang.

Artikel SebelumnyaDituduh ‘Sex Pervert’, Chef Wan Mahu Saman Isteri Bekas Menantu
Artikel SeterusnyaTahniah! Jamal Abdillah Timang Bayi Perempuan
Tidak terlalu lama dalam bidang penulisan. Bolehlah setakat mahu untuk berkongsi pendapat dan info. Memang suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.