Siapa sangka dalam diam-diam, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad kini sudah mempunyai dua buah Filem Tevisyen (FTV) termasuklah kejayaan The Hantus pada tahun lalu. Bagi edisi 2019, Nabil tampil pula dengan buah tangan terbaharu “Dato” S yang bakal disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 24 Oktober 2019.
Filem Tanpa Tapisan
Semalam bertempat di GSC NU Sentral, kami berkesempatan untuk menonton FTV ini. Tidak memerlukan pelakon yang ramai, cukup dengan 4 tonggak utama iaitu Kamal Adli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim sudah memadai untuk membuatkan penonton terhibur dengan FTV bergenre aksi-komedi. Meskipun berbentuk komedi, namun perlu diingatkan “Dato” S telah diklasifikasikan sebagai filem yang sesuai untuk ditonton remaja 18 tahun ke atas sahaja. Jadi untuk filem ini anda akan dapat menonton filem ini tanpa tapisan sekaligus lebih dekat dengan penonton.
Penceritaan Yang Mudah Difahami
Pujian harus diberikan buat Nabil kerana berani mengetengahkan filem yang mengangkat isu semasa yang agak panas seperti penipuan duit haram, scammer dan sebagainya. Biarpun agak pedas namun itulah realiti yang dihadapi oleh masyarakat kini.Tanpa kelibatnya di dalam filem ini, ada kalanya mungkin anda akan terfikir sesebuah babak seperti ‘very the Nabil!”
Penceritaan yang mudah difahami selain diselangi dengan perspektif pandangan orang ketiga di dalam “Dato” S antara kelainan yang telah dibawa oleh pihak produksi, KMN Production Sdn Bed dengan kerjasama Cinemalaya. Sebagai permulaan dari Nabil, kami boleh katakan ianya merupakan satu percaturan yang baik apatah lagi bermula sebagai FTV.
Sinopsis “Dato” S
Mengisahkan mengenai Sazali lakonan Kamal Adli yang bekerja sebagai seorang jurujual yang mempunyai perwatakan menarik. Dek kerana enggan hidup dalam serba sederhana, dia nekad untuk menipu ramai orang dengan pelbagai aktiviti haram sehingga mendapat tentangan isterinya. Dalam masa yang sama, Sazali turut berkenalan dengan Arman (Fikry Ibrahim) dan Bunga (Puteri Aishah) yang memberikan pelbagai ‘inspirasi’ buatnya untuk terus mengaut kekayaaan dari pelbagai sumber haram.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.