Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Nabil Ahmad Kongsi Pengalaman Ibu Ditipu Dalam Filem “Dato” S

by Khai Azfar
October 17, 2019
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, bermula daripada seorang pelawak, pengacara Nabil Ahmad kini mula mengorak langkah sebagai seorang pengarah. Selepas kejayaan filem televisyen (FTV), The Hantus pada tahun lalu, Nabil memperkenalkan pula buah tangan terbaharunya yang berjudul “Dato” S yang bakal disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 24 Oktober 2019.

Kongsi Pengalaman Ibu 

Menariknya mengenai filem ini, ianya bukan sahaja merupakan idea asal Nabil malah jalan ceritanya turut berkongsi pengalaman ibunya pernah ditipu oleh sindiket duit haram suatu ketika dahulu.

“Kalau tengok pada filem ini, budak yang jual acar buah itu memang berdasarkan kisah benar. Itulah saya, sewaktu kecil memang saya bantu ibu untuk menjual acar buah

Sebenarnya kalau mengingatkan kembali kisah ibu saya, waktu itu saya masih kecil. Apa yang saya ingat,ibu menangis sambil merintih nasib mengenai wangnya yang ditipu”

Menurut Nabil, idea untuk menerbitkan filem ini sudah tercetus sejak beberapa tahun yang lalu malah telah menjalani penggambaran sebelum Pilihanraya Umum ke 14. Namun, dek kerana kekangan beberapa komitmen dia terpaksa menangguhkan hasratnya itu terlebih dahulu.

“Sebenarnya saya ada mempunyai idea untuk menerbitkan beberapa buah filem. Namun selepas berbincang dan melihatkan kesesuaian, Alhamdulillah Dato S dapat ditayangkan. Insyallah akan ada banyak lagi buah tangan saya akan dihasilkan selepas ini”

Tidak Mempunyai Kaitan Dengan Mana-Mana Usahawan 

Menafikan Dato S mempunyai kaitan dengan mana-mana usahawan terkenal tanah air, jelas Nabil lagi filem ini menceritakan mengenai realiti yang sebenar malah turut menggabungkan isu panas suatu ketika dahulu dan terkini dalam sebuah naskhah.

Mengenai filem arahan Shahrol Esham ini, ianya menampilkan pendekatan yang berbexa dan cukup berani apabila mengangkat isu semasa yang membimbangkan dan kian berleluasa dikalangan masyarakat hari ini terutamanya berkaitan dengan penipuan duit haram, isu ‘scammer’, penyamaran dan sebagainya. “Dato” S diperhebatkan lagi dengan pembabitan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Kamal Adli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz.

“Hancur Rumah Pusaka, Terbina Madrasah”-Nabil Ahmad Nekad Tunaikan Hajat Ibu
Dato Snabil ahmad
https://lomp.at/fcdlh
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN

Entertainment

“Enjoy Your Stay” Kembali dengan Musim Kedua yang Lebih Menghiburkan

by Aphit J.
July 6, 2025

Drama komedi popular terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV RTM), Enjoy Your Stay, bakal kembali untuk musim kedua dengan jalan...

Read more
Foto - @squidgamenetflix (IG)
Filem

“Siapa Pemenang & Siapa Yang Mati?”- Ini Penjelasan Ending ‘Squid Game 3’

Spoiler alert! Murai yakin di luar sana pasti ramai yang sudah menonton filem siri 'Squid Game 3' yang ditayangkan secara...

Read more
by Soph Azz
July 2, 2025
Filem

[REVIEW] Misteri Rumah Darah – Sumpahan Dendam Yang Perlu Ditunaikan

Bagi pencinta filem seram Indonesia, Misteri Rumah Darah pastinya menjadi antara filem yang wajib tonton tahun ini. Diinspirasikan daripada episod...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 25, 2025
Filem

[VIDEO] Patut Ke Amir Ahnaf Pegang Watak Thanos Dalam Squid Game?

Bila sebut Squid Game, mesti ramai terus terbayang permainan yang tegang, watak-watak pelik tapi menarik, dan kisah yang buat kita...

Read more
by Phic ARMAN
June 23, 2025
Filem

[ULASAN] Mirugasirisham: The Orion, Seram Komedi ‘Next Level’ Yang Patut Ditonton Semua Kaum

MURAI baru saja keluar dari panggung lepas menonton Mirugasirisham: The Orion, dan jujurnya… kami masih belum habis ‘digest’ apa yang...

Read more
by Phic ARMAN
June 19, 2025
Filem

[REVIEW] Filem Martabat: Misi Berdarah – Penghargaan Buat Warga Belakang Tabir

Filem Martabat: Misi Berdarah telah mengadakan tayangan perdana pada 10 Jun 2025 bertempat di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur....

Read more
by Arsiqin Yusof
June 12, 2025
Filem

[REVIEW] Filem Air Mata Wanita – Hilang Segalanya, Tapi Dapat Lebih Dari Yang Disangka

Sebuah karya sinematik dari seberang, Keajaiban Air Mata Wanita, telah menjejak layar Malaysia menerusi Malam Gala Tayangan Perdana yang berlangsung...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 12, 2025
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read more
by Soph Azz
June 9, 2025
Filem

Filem ‘Laknat’ Kupas Realiti Manusia Sanggup Sekutukan Tuhan Demi Duniawi

Sebuah naskhah seram psikologi yang berpaksikan kisah benar, LAKNAT bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 5 Jun 2025. Mengupas realiti...

Read more
by Naddy Joe
June 3, 2025
Filem

Drama “Iqbal” Tampilkan Fesyen Patuh Syariah Sebagai Inspirasi

Drama bersiri terbaharu terbitan RTM berjudul Iqbal mengangkat tema bahawa Islam tidak menghalang umatnya berfesyen asalkan menepati syariat. Drama 30...

Read more
by Aphit J.
May 31, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  5. 5

    Ini Reaksi P Diddy Setelah Terlepas dari Dakwaan Perdagangan S*ks

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem