Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Wow! Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Terima Pencalonan Anugerah Oscar 2020

by Khai Azfar
October 18, 2019
Share on Facebook

Lagi pencapaian yang cukup membanggakan buat industri filem tanah air apatah lagi berkaitan dengan animasi tempatan.Selepas kejayaan filem ini memenangi anugerah Feature Film dalam Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE), Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal mencipta rekod baharu apabila menjadi filem tempatan pertama yang menerima pencalonan awal Anugerah Oscar 2020.

Bersaing Dengan 32 Filem Animasi Terbaik Dunia 

Dalam Anugerah Ocsar atau lebih dikenali sebagai Academy Oscar Award kelak, Les Copaque telah menghantar pencalonan awal bagi kategori Best Animated Feature Film yang akan berlangsung pada 9 Februari 2020.

Filem Upin & Ipin terbaru itu akan bersaing dengan 31 filem terbaik di dunia termasuklah The Angry Birds Movie 2, The Secret Life of Pets, Toy Story 4 dan filem animasi akan datang Frozen 2. Menyusuli khabar gembira tersebut, Les Copaque turut mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia kepada filem animasi itu.

“Terima kasih rakyat Malaysia di atas sokongan luar biasa kepada filem ini,” tulisnya.

Bakal Ditayangkan Di Los Angeles Selama Seminggu

Terdahulu, selain memenangi anugerah di Montreal filim yang menelan belanja kos sebanyak RM20 juta ini juga dipilih sebagai finalis di Palm Springs Animation Festival 2019 California, Amerika Syarikat selain diberikan skor 9.6/10 oleh Internet Movie Database (IMDb) dengan perolehan kutipan sebanyak RM25 juta selepas tiga minggu ditayangkan.

View this post on Instagram

A post shared by Upin & Ipin Official (@upinipinofficial)

Sebagai info, pelaburan yang dibuat Les Copaque untuk meletakan filem ini setanding filem animasi terbaik dunia adalah sebanyak RM300,000 dan antara syarat ditetapkan penganjur Anugerah Akademi adalah Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal hendaklah ditayangkan tiga kali sehari selama seminggu di pawagam di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat sekaligus akan memperoleh keuntungan daripada penjualan tiket di sana.

Senarai Pencalonan Filem Animasi Terbaik Dunia Di Oscar 2020

  • Abominable
  • The Addams Family
  • The Angry Birds Movie 2
  • Another Day of Life
  • Away
  • Buñuel in the Labyrinth of the Turtles
  • Children of the Sea
  • Dilili in Paris
  • Frozen II
  • Funan
  • Genndy Tartakovsky’s ‘Primal’ – Tales of Savagery
  • How to Train Your Dragon: The Hidden World
  • I Lost My Body
  • Klaus
  • The Last Fiction
  • The Lego Movie 2: The Second Part
  • Marona’s Fantastic Tale
  • Missing Link
  • Ne Zha
  • Okko’s Inn
  • Pachamama
  • Promare
  • Rezo
  • The Secret Life of Pets 2
  • Spies in Disguise
  • The Swallows of Kabul
  • This Magnificent Cake!
  • The Tower
  • Toy Story 4
  • Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris
  • Weathering with You
  • White Snake
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[FOTO] Rowoon Curi Perhatian Di Oscar 2025- Netizen Akui Wajahnya Seperti Kris Jenner
oscarUpin & Ipin : Keris Siamang Tunggalupin & ipin anugerah oscarupin ipin
https://lomp.at/50fzq
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem