Memetik artikel kami terdahulu menerusi sumber media antarabangsa, bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko kononnya terpaksa menjual cincin perkahwinannya bersama bekas suami, Sultan Muhammad V di saat kandungannya berusia 4 bulan.

Jual Demi Kesihatan Anak 

Dikhabarkan cincin rekaan Jacob Arabo yang dijual itu sama seperti Victoria Beckham bernilai £ 203,000 bersamaan RM1.05 juta. Jelasnya lagi, dia terpaksa berbuat demikian kerana memerlukan wang tunai bagi menampung bil perubatannya di Switzerland yang mana ketika itu berisiko untuk kehilangan bayi yang dikandungnya.

Nafi Jual Cincin Perkahwinan 

Namun begitu, menerusi posting terbaharunya, wanita Rusia itu menafikan segalanya selepas diasak dengan beberapa pertanyaan daripada netizen yang mempersoalkan gambarnya yang melancong ke Kota Paris baru-baru ini.

IKLAN

Menerusi komen balas itu, Rihana mempersoalkan kembali sumber tersebut kerana dia mendakwa ianya hanya sekadar khabar angin dan dia hanya memberi kenyataan sahih kepada sebuah media iaitu Malay Mail.

Enggan Saman 

Malah ketika didorong oleh pengikutnya untuk menyaman tabloid yang mengeluarkan kenyataan tersebut, Rihana enggan melakukannya kerana beranggapan ianya seperti membuang masa dan tidak memberi sebarang keuntungan buatnya.

Selain soal cincin perkahwinan, Rihana turut dibanjiri dengan soalan mengenai wajah anaknya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang khabarnya akan didedahkan tidak lama lagi menerusi laman rasmi YouTube nya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry