Gara-gara mahu tularkan tindakan anak kapal syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia model yang juga peserta Miss International Malaysia, Sabee Chin pula menjadi ‘sasaran tular’ oleh netizen.

Tidak Dibenarkan Menggunakan Tandas 

Segalanya bermula apabila Sabee telah memuatnaik status dan video dia memarahi anak kapal AirAsia yang telah bertugas ketika itu kerana enggan membenarkannya mengggunakan tandas ketika pesawat sedang ingin mendarat.

IKLAN

Difahamkan ketika itu, dia telah meminta kebenaran mereka untuk menggunakan tandas tersebut namun diterangkan secara baik oleh anak kapal memandangkan ianya adalah prosedur keselamatan yang harus dipatuhi oleh setiap penumpang.

Berang Pertanyaan Diendahkan 

Tidak berputus asa ingin menggunakan tandas tersebut, Sabee sekali lagi bertanyakan pada mereka namun ianya tidak diendahkan kerana telah dijelaskan sebelum ini. Berang dengan tindakan anak kapal tersebut yang mengendahkan pertanyaannya, peserta pertandingan ratu cantik ini bertindak masuk ke ruangan peribadi anak kapal serta memaki hamun mereka.

Malah dia turut menggertak akan membuat aduan kepada bahagian perkhidmatan pelanggan AirAsia sejurus mendarat. Tidak cukup dengan itu, Sabee sekali lagi merakam video anak kapal yang terlibat namun mereka hanya tenang dan melakukan tugas seperti biasa.

Mohon Maaf 

Biarpun dia telah memuatnaik video tersebut dengan harapan mereka akan tular dan dikenakan tindakan, sebaliknya pula yang terjadi apabila Sabee teruk dikecam memandangkan mereka hanya menjalankan tugas dan mematuhi prosedur keselamatan industri penerbangan antartabangsa.

我做错的事我已道歉了,接下来就交给AirAsia 处理吧。我希望天会还我一个清白。谢谢🙏🏻支持我的人我很感激,但真的不用帮我在留言反抗,我担心你们也会受到影响。真的谢谢你们 谢谢🙏🏻 我会记在心里的❤️

Posted by SaBee Chin on Wednesday, October 23, 2019

IKLAN

Susulan daripada itu, Sabee telah memadam video berkenaan dan memuatnaik video terbaharu memohon maaf atas tindakannya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry