Gara-gara makanan yang diterima tidak seperti yang diharapkan, nama Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah dan McDonald’s tular di laman Twitter.

Hanya Terima Roti Dan Keju

Terdahulu, menerusi laman Twitter, Tengku Jihan telah memuatnaik satu gambar McD Cheeseburger yang dipesannya menerusi restoran makanan segera itu. Namun, menurut puteri bongsu Yang Di-Pertuan Agong itu sambil berseloroh menu yang diterima benar-benar sekadar roti dan keju. Melihatkan pada posting itu, rata-rata pengikut Tengku Jihan mula mengecam tindakan McDonald’s yang dianggap mereka isu seumpama itu tidak seharusnya berlaku.

IKLAN

Tengku Jihan Masih Sukakan McDonald’s

Bagaimanapun, Tengku Jihan menerusi komen balasnya mengharapkan agar pengikutnya berhenti mengecam kesilapan yang dilakukan oleh restoran itu malah permohonan maaf daripada mereka juga telah dibuat. Malah ianya turut diperakui oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah .

Menurut Tunku Azizah, Tengku Jihan begitu menggemari McD sehingga hampir setiap hari akan memesan makanan disitu. Sambil berseloroh, permata hati rakyat itu juga telah menggelar anakandanya sebagai McJihan. Dek kerana begitu menggemarinya, Tunku Azizah ingin membuka sebuah kedai dan memperkenalkan menu burger McJihan kepada orang ramai.

Selepas ini kami percaya, menu Cheeseburger akan turut dikenali ramai sebagai McJihan kerana ianya merupakan salah satu kegemaran Tengku Puteri!

IKLAN