[REVIEW] CHA EUNWOO Tampil Penuh Kejutan Untuk ‘Aroha’ Malaysia

Mesti Baca

Curi Perhatian! 5 Selebriti Hollywood Memakai Gaun Pengantin Sewaktu Di Karpet Merah

Apabila mencari penampilan yang sempurna sewaktu di karpet merah, selebriti kebiasaannya akan memilih custom atau designer gowns. Kadangkala, sesetengah...

6 Pasangan Selebriti Korea Ini Bebas Daripada Sebarang Gosip

Beberapa pasangan suami isteri selebriti Korea ini sentiasa jauh daripada sebarang gosip. Perkahwinan mereka jarang mendapat berita yang negatif....

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

CHA EUNWOO tampil penuh kejutan untuk Aroha Malaysia sempena Fanmeeting tersulungnya Di Kuala Lumpur. Menara PGRM, Kuala Lumpur gamat dengan sorakan lebih 1,900 peminat di 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur! .

Selepas membuat fanmeeting tersulungnya diseluruh negara seperti Hong Kong, Taipei, Bangkok dan Manila akhirnya Cha Eunwoo bertemu peminat Malaysia pada Ahad yang lalu.

“Aroha aku cinta padamu” (Chaeunwoo)

Kredit Foto: Macpiepro

Bintang k-pop yang dikenali dengan wajah yang sangat tampan ini membuka tirai fanmeeting sulungnya dengan membawakan sebuah lagu yang berjudul Please Remember “Rookie Historian Goo Hae-Ryung ‘Ost’ dengan mengayakan pakaian tradisional korea yang telah memukau seluruh peminatnya.

Sesi fanmeeting dihangatkan lagi dengan sesi challenge bersama Cha Eunwoo yang menampilkan pelbagai permainan yang menarik seperti memanah, C.M.I (Cha Eunwoo Much Information) dan juga Made by Cha Eunwoo.

Kredit Foto: Macpiepro

Kredit Foto: Macpiepro

Penyanyi yang berasal daripada korea selatan ini turut mengejutkan peminat yang hadir dengan menyanyikan salah satu lagu melayu yang dipopularkan oleh Aizat Amdan ‘Sampai hari Tua”.

Cha Eunwoo juga menyatakan rasa sayangnya pada aroha Malaysia dengan menyatakan “sayang, aku cinta padamu”. Keadaan semakin pilu apabila Cha Eunwoo menutup tirai fanmeetingnya pada hari itu dengan satu nyanyian yang mendatangkan perasaan sedih dalam kalangan para peminat.

Menurut beliau, beliau merasa sangat bertuah kerana dapat menyaksikan para peminat yang membanjiri Menara PGRM bagi fanmeeting julung kalinya yang diadakan di Malaysia.

Sesi bergambar bersama peminat Malaysia – Kredit Foto: Macpiepro

Fanmeeting Cha Eunwoo yang juga anjuran MacpiePro merupakan fanmeeting tersulungnya yang berjaya menarik sekitar ribuan penonton yang hadir.

‘Terima kasih Malaysia”- cha eunwoo.


oleh: Mohd Hafizuddin

Terkini

Dah Elok Sado, Pergi Buat Implan Payudara Pula! Influencer Ini Tak Malu Malah Bangga

Lelaki bertatu ini menunjukkan implan payudara setelah dicabar untuk mendapatkan 3 juta pengikut di akaun Instagramnya. Dipetik dari Dailystar, Influencer...

Artikel Berkaitan