Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Sun Bird Watak Adiwira Marvel Dari Malaysia Diperkenalkan!

by Khai Azfar
October 29, 2019
Share on Facebook

Terdahulu, ramai yang teruja apabila Marvel memberi petunjuk ingin melahirkan satu watak adiwira dari Malaysia. Jika sebelum ianya hanyalah sekadar khabar angin, berita ini mungkin akan menggembirakan ramai peminat terutamanya peminat Marvel dari Malaysia.

Sun Bird Diperkenalkan 

Menerusi aplikasi permainan video secara mudah alih, Marvel Future Fight telah mencipta satu watak adiwira dari Malaysia yang dikenali sebagai Sun Bird (Burung Matahari).

Digambarkan Sun Bird adalah seorang ‘lanun’ dari pada tahun 1600  dan mempunyai dua keris sebagai senjata utamanya. Selain itu, dia turut mempunyai kebolehan untuk menyembuh sendiri dan beberapa kebolehan yang akan didedahkan menerusi permainan ini kelak.

4 Watak Adiwira Marvel Dari Asia 

Menurut Danny Koo selaku pengarah permainan video Marvel,kesemua karakter yang diwujudkan memiliki perbezaan latar belakang dan mengambil inspirasi dari kisah dongeng setiap negara.

Selain Sun Bird, tiga lagi watak adiwira dari negara Asia turut diperkenalkan iaitu , War Tiger dari Thailand, Blue Dragon dari Vietnam dan Shadow Shell dari Taiwan. Keempat-empat adiwira ini berada di dalam pasukan atau kategori Warriors of the Sky.

Sebagai info, permainan ini telah dimuatnaik oleh lebih dari 100 juta pengguna di seluruh dunia. Dengan kemunculan Sun Bird, kami percaya suatu hari nanti mungkin watak ini bakal ke layar perak atau tidak mustahil jika diperlihatkan kemunculannya di dalam filem Shang-Chi pada Februari 2021.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
marvelmarvel warrior of the skysun birdsun bird marvel
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  5. 5

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara