Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Ramai Tak Tahu! Syed Saddiq & 5 Menteri Ini Antara Termuda Di Dunia

by Phic ARMAN
October 29, 2019
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad memberi kepercayaan dalam urusan negara kepada menteri-menteri muda, salah seorang daripada mereka adalah Syed Saddiq. Saddiq dilantik menyandang jawatan menteri penuh termuda di Malaysia iaitu Menteri Belia dan Sukan.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Ahli Parlimen Muar ini menjadikan beliau menteri termuda dalam sejarah pentadbiran Malaysia iaitu pada usia 26 tahun. Untuk rekod, Menteri yang paling muda di dunia ialah Shamma Al Mazrui ketika dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan UAE pada usia 22 tahun.

Selain Saddiq, di sini adalah barisan para menteri muda di seluruh dunia.

Simon Harris

Simon Harris adalah Menteri Kesihatan Ireland. Beliau dipilih dan dilantik sebagai menteri termuda pada tahun 2016. Nak tahu umurnya pada masa itu? Hanya berusia 29 tahun!

Sebenarnya ini bukan kedudukannya yang pertama dalam kerajaan, kerana dia pernah berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negari di Kementerian Kewangan. Dia menyandang jawatan itu pada tahun 2014, di mana pada saat itu dia berumur 27 tahun.

Sekarang Simon masih menteri paling muda di Ireland pada umur 33 tahun.

Shamma Al Mazrui

Kredit Foto: https://emirates-business.ae/

Shamma Al Mazrui dipercayai berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Belia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) . Pelantikannya berlaku pada tahun 2016, yang pada masa itu hanya berusia 22 tahun. Setakat ini, beliau menyandang gelaran menteri termuda di dunia oleh Buku Rekod Guinness.

Latar belakang pendidikannya bukan calang-calang ya! Shamma merupakan lepasan pelajar sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti New York Abu Dhabi.

Anupriya Patel

Kredit Foto: newindianexpress.com

Anupriya Patel adalah seorang menteri termuda dalam kerajaan India. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dari tahun 2016, yang pada masa itu berusia 35 tahun.

Sebelum menjadi menteri, Anupriya Patel mula dikenali sebagai ahli politik. Pada usia 31 dia dipilih sebagai ahli perundangan untuk kawasan Rohaniya.

Klajda Gjosha

Kredit Foto: Albanian Press

Walaupun agak muda, Klajda Gjosha telah bersilih ganti jawatan pelbagai kedudukan politik. Pada tahun 2012, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Parti Politik Gerakan Sosialis untuk Integrasi Albania. Pada masa itu dia berusia 29 tahun.

Kemudian, sejak tahun 2013, ketika dia masih berusia 30 tahun, dia diberi kepercayaan untuk berkhidmat sebagai Menteri Integrasi Eropah Republik Albania.

Sebastian Kurz

Austria pernah membuat keputusan besar dengan melantik Sebastian Kurz sebagai menteri Luar Negeri dan Integrasi. Pelantikan itu berlaku pada 2017, dan pada masa itu Sebastian masih berusia 27 tahun.

Beliau telah terlibat dalam politik sejak 2013 sebagai ahli Parti Rakyat Austria. Pada usia 31 tahun, Sebastian berkhidmat sebagai Presiden Austria selepas partinya memenangi pilihan raya. Dia juga pemimpin termuda Austria yang pernah ada.

Itulah barisan menteri muda di dunia mengikut portfolio masing-masing. Walaupun mereka masih muda, pengalaman dan kecekapan mereka sangat berkemampuan untuk mengeluarkan pelbagai idea untuk sesebuah negara.

https://lomp.at/rgvuq
Share23Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
Inspirasi

Zaini Ahmad Dapat Tempat Ke-92 Di Pizza World Championship 2026, Rakyat Malaysia Bangga!

by Naddy Joe
April 17, 2026

Salah seorang rakyat Malaysia, Zaini Ahmad telah berjaya memperoleh kejayaan yang membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-92 bagi kategori Napolitana...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara