Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Ah Cheng Laksa Tidak Halal? Ini Kenyataan Rasmi JAKIM

by Khai Azfar
October 31, 2019
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak semalam, tular di media sosial memperkatakan mengenai status halal premis makanan terkenal, Ah Cheng Laksa.Sebagai info, Ah Cheng Laksa kini mempunyai pelbagai cawangan khususnya di dalam pusat membeli belah terkenal.

Dakwa Terkandung Ramuan Tidak Halal 

Dikatakan, penularan tersebut berpunca daripada netizen yang mendakwa premis makanan itu telah menggunakan ramuan yang tidak halal seperti darah babi dan tidak sesuai dikunjungi oleh pelanggan yang beragama Islam. Mengesahkan lebih lanjut mengenai status halal premis tersebut, Bahagian Hab Halal Jakim tampil memberikan kenyataan rasmi menerusi laman Facebook mereka.

Hanya Satu Cawangan Yang Mendapat Sijil Halal 

Menurut pihak JAKIM, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Namun, central kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah mendapat sijil halal.

Dalam pada itu pihak JAKIM turut menjelaskan pensijilan halal yang diperolehi oleh central kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian cawangannnya turut memperoleh sijil halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.

Ah Cheng LaksaAh Cheng Laksa Tidak Halal
https://lomp.at/hk76h
Share15Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem