Baru-baru ini, rata-rata penonton terkejut dengan penampilan istimewa Inul Daratista selepas diumumkan sebagai juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019). Mungkin tak ramai yang mengenali wanita berusia 40 tahun ini yang popular dengan lagu Goyang Inul.

Dalam salah satu posting di Instagramnya, Inul telah meluahkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penonton dari Malaysia.

“Terima kasih malaysia, sambutannya baik sekali pada saya, apapun kekurangan saya mohon di maafkan sebagai pemula bila ada kurang-kurang, akan selalu perbaiki dan belajar untuk jadi lebih baik. Sampai jumpa hari Jumaat depan ,wassalam”- tulisnya

Penyanyi dangdut dengan nama sebenarnya Ainul Rokhimah ini berasal dari Pasuruan, Jawa Timur. Semangnya beliau sangat terkenal dengan nama pentasnya Inul Daratista juga dikenali kerana goyangan gerudinya ketika buat persembahan di pentas.

Di sini kami mahu kongsi serba sedikit kisah beliau sepanjang menjadi anak seni. Sebelum menjadi terkenal, Inul juga terpaksa melalui jalan berliku semasa kerjayanya.

1Berkahwin Pada Usia Remaja

Siapa sangka pada usia 17 tahun, ternyata Inul telah disunting oleh seorang lelaki bernama Adam Suseno pada 29 Mei 1995. Pada mulanya perkahwinan ini tidak diketahui umum kerana pasangan ini tidak dikurniakan anak sehingga usia pernikahan mereka telah mencapai 13 tahun.

IKLAN

2Aksi Tarian Dangdut Dianggap Erotis

Aksi tarian atau goyangan yang sering dipamerkan oleh Inul juga telah membawa namanya melonjak dalam dunia hiburan. Aksi goyang Inul ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi kerana dianggap terlalu erotis oleh sesetengah orang.

Walaupun isu ini sedikit sebanyak telah membuatkan dirinya putus asa, namun Inul menganggap hal ini sebagai pembakar semangat dan kemudian dia membuat lagu berjudul Goyang Inul yang menjadi popular sekelip mata.

3Memiliki Seorang Cahaya Mata Dari Rawatan IVF

Walaupun rumahtangganya yang telah dibina selama berbelas tahun, namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata dan membuatkan Inul berusaha dalam pelbagai cara. Salah satunya dengan mengambil rawatan IVF.

View this post on Instagram

❤️💋

A post shared by Inul Daratista (@inul.d) on

Walaupun banyak komen negatif, Inul tidak menghiraukannya. Rawatan IVF yang dijalankan di Surabaya akhirnya membuahkan hasil dan pada 19 Mei 2009 di mana pasangan itu mendapat seorang bayi lelaki yang kemudian diberi nama Yusuf Ivander Damares.

4Memiliki Perniagaan Pusat Hiburan Karoke

Selain bergelar penghibur, Inul juga berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Beliau telah menubuhkan syarikat dengan mengusahakan Pusat Hiburan Karaoke dengan nama Inul Vizta.  Meskipun sering menghadapi kes mengenai pelanggaran hak cipta, Inul menanganinya dengan bijak.

5Perniagaan Kosmetik

Selain Pusat Hiburan Karaoke,  Inul juga mencuba perniagaan kosmetik dengan jenama Inul Beauty. Kosmetik ini terkenal dengan produk lipstik matte pada harga yang berpatutan dan sasaran utamanya pembeli kelas pertengahan.

6Menjadi Juri D’Academy

Walaupun akhir-akhir ini dia jarang muncul untuk menyanyi, Inul masih sering muncul di kaca  TV. Dia kini sibuk menjadi salah satu juri di acara pencarian bakat penyanyi dangdut Indosiar, D’Academy Asia.  Program ini dianggap berjaya, kerana sehingga kini ia sudah memasuki musim ke-5.

7Pernah Kena Boikot

Pada 27 Mac, 2017, Inul pernah menjadi mangsa boikot di media sosial lagi-lagi di akaun Twitter. Bermula dengan kenyataan sensitif  yang mencetuskan pelbagai komen dari netizen. Komen-komen ini membuatnya dituduh menghina para ulama.

Inul berdepan siasatan polis selepas menulis komen yang didakwa menghina ulama di laman Instagram miliknya. Advokat Pembela Ulama membuat laporan polis terhadap Inul dengan mendakwa komen yang ditulis penyanyi itu melanggar undang-undang menghina agama.

Jadi Juri Tetap MLM 2019

Dalam MLM 2019 minggu pertama pada hari Jumaat yang lalu, Inul bersama juri tetap iaitu Lisa Surihani serta dua juri jemputan iaitu Datuk Awie dan Johan.

Seramai 14 peserta yang bertanding terdiri daripada 12 peserta dari Malaysia, dua dari Indonesia dan satu kumpulan dari Brunei Darussalam.

Malam pertama MLM 2019, menyaksikan tiga kumpulan Kerusi Panas berada di pusingan penyingkiran bersama kumpulan Puteh. Bagaimanapun tiada penyingkiran berlaku.

Anda boleh menyaksikan MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, 9 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Artikel SebelumnyaSiti Nurhaliza Ajak Peminat Sertai #TerangMVChallenge
Artikel SeterusnyaKerana Jennie & Jisoo, Snek Super Ring Jadi Rebutan Di Korea!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.