Kehilangannya di dalam industri hiburan ternyata masih menjadi tanda tanya peminat sehingga ke hari ini.

Manakan tidak, kelibat dan perkembangan Malique juga tidak dapat dihidu oleh pihak media sehingga ada dakwaan yang mengatakan penyanyi rap yang juga komposer itu menghidapi penyakit misteri.

IKLAN

Gambar Malique Tular 

Namun pada petang Selasa, tular di media sosial mengenai perkongsian yang dikatakan kononnya adalah wajah terkini Malique.

Menerusi foto tersebut kelihatan bekas anggota Too Phat itu bersama ahli keluarganya di sebuah lapangan terbang dan dirakam dari jarak jauh.

Bukan Gambar Terkini

Namun begitu, muncul pula perdebatan dikalangan pengguna media sosial kerana mendakwa foto yang dikongsi itu sebenarnya adalah foto lama Malique dan bukanlah yang sebaliknya.

Menerusi komen yang lain pula, terdapat pengguna yang akui sering kali melihat penyanyi itu menghantar anaknya ke sekolah dan berada dalam keadaan sihat. Apa pun diharap Malique akan terus sukses!