Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

‘Terminator: Dark Fate’ Berdepan Dengan Kerugian Sehingga US$120 Juta

by Phic ARMAN
November 6, 2019
68
KONGSIAN
Share on Facebook

“Terminator: Dark Fate” mungkin salah satu filem aksi yang cukup dinanti-nantikan. Walau bagaimanapun, penerimaan peminat siri terbaru “Terminator” nampaknya masih tidak memuaskan.

Menurut laporan dari Screenrant, “Terminator: Dark Fate” dianggarkan akan kerugian sehingga US$ 120 juta atau sekitar RM500 Juta, yang akan menjadikan masa depan francais ini lebih suram.

Diketahui, hasil kutipan terakhir pada minggu perdana “Terminator: Dark Fate” di teater-teater tempatan Amerika Syarikat hanya dapat mencecah US$ 29 juta (sekitar RM 120 Juta).

Untuk pendapatan global juga, filem dengan kemunculan semula Arnold Schwarzenegger ini hanya mencapai US$ 123.6 juta, yang tentunya tidak seimbang dengan kos produksi.

Adalah diketahui, kos pembikinan “Terminator: Dark Fate” dianggarkan mencapai angka US$ 185 – 196 juta, yang termasuk kos pengeluaran dan sebagainya. Dengan angka ini, maka “Terminator: Dark Fate” seharusnya perlu mengumpul hasil kutipan sehingga US$ 357 juta lagi untuk pulang modal.

Tetapi beberapa pengkritik meramalkan bahawa “Terminator: Dark Fate” tidak dapat mencapai angka itu, bahkan syarikat produksi Skydance dilaporkan tidak mempunyai rancangan untuk membuat sambungan filem itu.

Pada sisi lain, siri keenam “Terminator” masih dibintangi Arnold Schwarzenegger sebagai cyborg. “Terminator: Dark Fate” sendiri menjadi sekuel untuk kesinambungan “Terminator 2: Judgment Day” yang dikeluarkan pada tahun 1991.

“Terminator: Dark Fate” adalah kali ketiga siri “Terminator” dihidupkan semula selepas “Terminator Salvation” dan “Terminator Genisys”. Kedua-dua filem sebelum ini juga mengalami kejadian yang sama, walaupun ia lebih baik.

Selain Arnold, Linda Hamilton, yang memainkan watak Sarah Connor, juga kembali dalam filem yang diarahkan oleh Tim Miller. Sementara beberapa pelakon baru yang terlibat ialah Mackenzie Davis, Natalia Reyes, dan Gabriel Luna.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/gscs3
Share27Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem