Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Angelina Jolie Bongkar Sikap Sebenar Brad Pitt Yang Menyakitkan

by Phic ARMAN
November 6, 2019
239
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon jelita Angelina Jolie baru saja dipilih menghiasi muka depan majalah Harpers Bazaar US. Pada kesempatan ini, pelakon utama “Maleficent: Mistress of Evil”  ini juga tidak lupa untuk berkongsi tentang beberapa perkara, termasuk kehidupan peribadi beliau dan sisi gelap sikap bekas suaminya..

Menurutnya, pelakon cantik ini mendakwa rasa diri terkurung sepanjang hidup dalam rumahtangga bersama bekas suaminya, Brad Pitt.

Dalam kenyataannya, Angelina Jolie berkata bahawa bekas suaminya itu telah menyekat dan menghalang beberapa perkara terhadap dirinya termasuk tidak membenarkannya bergerak ke luar negara.

Angelina Jolie tampil dengan aksi berani dengan ‘telanjang bulat’ dalam Majalah Harper Bazaar . Kredit Foto: Harper Bazaar US

“Saya mahu tinggal di luar negara dan saya akan melakukannya sebaik sahaja anak-anak saya berumur 18 tahun,” kata Angelina Jolie.

“Buat masa sekarang saya harus tinggal di tempat ayah mereka memilih untuk menetap.”

Ternyata, Brad Pitt memang melarang Angelina Jolie dan anak-anak mereka pindah rumah sehingga anak bongsu berusia 18 tahun.

Brad Pitt mahukan permintaan agar lebih mudah baginya bertemu dengan buah hatinya yang tinggal bersama Angelina Jolie.

“Tempat kegemaran saya adalah suatu tempat yang saya belum pernah dikunjungi sebelum ini. Saya suka berada di sesuatu tempat yang baru. Saya suka berada di luar zon saya. Saya mahu anak-anak membesar di dunia, bukan hanya belajar tentang kehidupan tetapi juga mempunyai kawan-kawan-kawan di seluruh dunia. Tahun depan kami akan membina sebuah rumah di Afrika, “katanya.

Sebagai info, Angelina Jolie dan Brad Pitt telah memutuskan untuk bercerai pada 2016 selepas dua tahun melayari bahtera perkahwina dan hampir 10 tahun sebagai pasangan kekasih. Proses perceraian bintang terkenal Hollywood itu bermasalah dan tidak pernah selesai sehingga akhirnya kedua-duanya secara rasmi menyandang status bujang pada awal tahun 2019.

Dari hubungan ini, kedua-duanya mempunyai enam anak, tiga daripadanya adalah anak angkat. Kesemua enam mereka berada di bawah jagaan Angelina, di mana anak sulungnya, Maddox, kini sedang belajar di Universiti Korea Selatan.

Angelina sendiri dikatakan telah berputus asa menjalani rumah tangga dan mahu hidup bersendirian sambil menjaga anak-anaknya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/b7hyz
Share108Tweet55SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem