Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Hafiz Suip Umum Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

by Khai Azfar
November 7, 2019
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada September lalu, penyanyi Hafiz Suip telah mengumumkan bahawa isterinya, Nureffy Jasreel kini sedang hamil anak kedua mereka. Sebelum ini, penyanyi itu pernah berkongsi mengenai hasratnya untuk menambah cahaya mata.

Umum Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan 

Terbaru,Hafiz ketika ditemui Murai.my di majlis sidang media Semi Final Muzik-Muzik 34 sekali lagi mengumumkan khabar gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Berikutan itu, Hafiz yang begitu gemar memancing mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada hobinya itu bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga apatah lagi buat isterinya yang sedang sarat mengandung.

“Sekarang ini saya tengah cuti dari memancing memandangkan isteri saya sedang hamil dan dalam second trimester.Kami sudah scan dan secara eksklusifnya ianya adalah bayi perempuan”

Tumpang Bersedih Dengan Pemergian Allahyarham Pitt Hanif

Dalam pada itu, Hafiz tumpang bersedih di atas pemergian anak kepada pelakon Fauziah Nawi, Allahyarham Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif yang meninggal dunia lemas baru-baru ini ketika memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang.

Mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa Allahyarham, Hafiz berharap agar semua ‘kaki pancing’ dapat mengutamakan keselamatan sewajarnya.

“Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk saudara kita iaitu Allahyarham Pitt Hanif. Saya kenal beliau sebagai seorang kaki pancing dan juga anak kepada mommy, Fauziah Nawi. Apa yang saya boleh katakan kepada semua kaki pancing diluar sana yang suka memancing saya sarankan safety always first.

Always gunakan safety jacket untuk memancing. Apa sahaja tidak kira memancing pun,keselamatan harus diutamakan”

Kurus Kerana Disarankan Doktor 

Dalam perkembangan lain,ketika ditanya mengenai fizikalnya yang semakin kurus Hafiz menjelaskan bahawa dia disarankan untuk kekal sedemikian berikutan masalah tulang belakang (slip disc) yang dialaminya sebelum ini.

Malah tambah Hafiz, berat badannya kini adalah 52 kilogram, hilang lebih dari 10 kilogram dan masih menjalani rawatan fisioterapi. Sebagai info, Hafiz dan Nureffy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Riyadh Zafri pada 31 Disember 2017.

anak hafiz suiphafiz suip
https://lomp.at/lz2z8
Share22Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem