Hangat Malaysia telah mengambil langkah melakukan penjenamaan semula selepas 3 tahun penubuhannya demi meningkatkan kualiti kandungan yang relevan kepada para pembaca.

Selain itu, HangatMalaysia telah memperkenalkan nama baru untuk portal iaitu Murai Malaysia (Murai MY) yang kini boleh dilayari di www.murai.my. Perubahan ini sekaligus dengan memperkenal logo baharunya iaitu imej ‘Burung Murai’.  

Pemilihan Burung Murai digambarkan sebagai seekor burung yang popular kerana kicauan yang merdu dengan memiliki bunyi atau spesifikasi kicauan yang unik. Sama seperti Murai MY yang popular kerana menyediakan artikel yang unik, eksklusif dan berkualiti untuk pembacanya.

Sehubungan itu, kini anda dapat dilihat pada portal Murai.my, telah bertukar wajah dengan memaparkan logo serta rekabentuk halaman web baru yang lebih segar dan mesra pembaca.

Ianya menguatkan lagi jenama kami sebagai portal hiburan yang menyediakan kandungan yang berkualiti dan sentiasa mengikuti perkembangan industri hiburan tempatan dan dunia dari semasa ke semasa.

Dengan penjenamaan semula ini, kami yakin identiti jenama baharu ini akan diterima sepenuhnya oleh semua pembaca di Malaysia. Terus ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter dengan nama Murai MY.

IKLAN