Buat mereka yang menghisap rokok barangkali sinonim dengan wajah lelaki ini yang menjadi penyeri kotak rokok terkenal, Marlboro. Bermula pada tahun 1954, wajah Robert Norris menjadi tatapan buat perokok di seluruh dunia.

Meninggal Dunia 

Terbaru, Robert telah dilaporkan meninggal dunia pada usianya 90 tahun di kediaman keluarganya di Colorado awal minggu ini.

Kematian Robert ternyata mengejutkan apatah lagi ramai yang tertanya akan perkhabaran terbaharu mengenainya. Sebagai info, disaat namanya menjadi sebutan setelah mengikat kontrak 12 tahun bersama syarikat Pihilp Morris International Inc, ‘Marlboro Man’ itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada jenama rokok tersebut pada tahun 70-an selepas iklannya diharamkan di kaca televisyen kerana memberi pengaruh yang negatif.

Tidak Pernah Merokok

Menariknya mengenai Robert, biarpun gambarnya jelas kelihatan meletakkan rokok pada mulutnya, namun model ini tidak pernah merokok sepanjang hayatnya serta turut menasihati empat anaknya untuk menjauhi tabiat yang memudaratkan kesihatan itu

IKLAN

Bagaimanapun, kesemua model Marlboro sebelum ini meninggal dunia akibat kanser berpunca daripada tabiat merokok mereka yang kronik.