Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

[VIDEO] Seberat 27 Kg! Kostum Nasional Miss Universe Malaysia Ini Bakal Ke Pentas Dunia

by Phic ARMAN
November 12, 2019
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Beberapa juadah manisan dan Kuih Muih Tradisional akan menemani langkah Ratu Cantik Malaysia atau Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon pada pertandingan kecantikan dunia Miss Universe 2020 yang bakal berlangsung di Atlanta, Georgia, USA.

Kostum Kebangsaan adalah salah satu pertandingan yang berprestij dalam siri pertandingan Miss Universe. Pertandingan ini dianggap sebagai representasi dari negara yang diwakili.

Biasanya, pada masa ini setiap peserta akan memakai pakaian yang mewakili ciri-ciri negara masing-masing.

Tahun ini, Malaysia memakai pakaian yang diilhamkan dari ‘Budaya Peranakan’ atau Baba & Nyonya yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Pakaian ini membuat Shweta kelihatan dikelilingi oleh berbagai manisan atau kuih muih seperti onde-onde, kuih koci, ang ku, kuih talam, kuih lapis, kuih sago dan telur merah yang dilengkapi dengan bakul siah.

Selain dari kuih muih, Shweta dibaluti persalinan songket bersama sayap batik nyonya. Pakaian ini direka oleh Carven Ong. Bagi kami di Murai MY, ia salah satu pakaian yang paling pelik dan luar biasa.

View this post on Instagram

A post shared by Miss Universe Malaysia Org. (@missuniversemalaysia)

Menurut Carven Ong, busana seberat 27 kg itu memerlukan waktu tiga bulan untuk menyiapkan busana ini yang dinamakan sebagai ‘The Indulgence Peranakan’. Baju ini direka khusus untuk membawa Shweta ke Miss Universe 2020.

Selain kostum kebangsaan, Shweta juga bakal memakai gaun malam atau evening dress pada acara tersebut. Carven mereka gaun emas caramel organdie dengan taburan kilau maink dan mutiara menggambarkan keindahan pantai-pantai di Malaysia.

Shweta memenangi gelaran Miss Malaysia Universe pada Mac lalu selepas menewaskan 18 peserta lain. Dengan kemenangan itu, dia menggalas tanggungjawab mewakili Malaysia di Miss Universe 2020.

View this post on Instagram

A post shared by Miss Universe Malaysia Org. (@missuniversemalaysia)

Segmen pakaian kebangsaan adalah sangat dinantikan dan penting dalam pertandingan itu. Setakat ini, Malaysia belum pernah memenangi gelaran pakaian kebangsaan terbaik dalam Miss Universe.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/tzac6
Share40Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem