• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Ramalan : 6 Bintang Gegar Vaganza 2019 Yang Layak Ke ‘Final’

by Khai Azfar
November 18, 2019
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Peringkat suku akhir atau minggu keenam konsert Gegar Vaganza 2019 (GV6) menyaksikan ‘perjalanan’ Feeza dalam rancangan realiti itu terhenti apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dengan perolehan markah sebanyak 46%.

9 Bintang Layak Ke Separuh Akhir 

Dengan penyingkiran Feeza,sekaligus menyaksikan hanya berbaki 9 bintang GV meneruskan langkah seterusnya ke peringkat separuh akhir pada minggu hadapan yang bertemakan ‘Caras’. Dalam minggu itu, peminat bakal menyaksikan siapakah diantara mereka yang layak ke peringkat akhir GV6 yang dijangka melabuhkan tirainya pada 1 Disember 2019.

Spekulasi Jumlah Bintang Di Peringkat Akhir 

Namun begitu, memandangkan pada tahun ini buat julung kalinya menampilkan seramai 13 orang bintang yang terdiri dari duo dan penyanyi solo dan pada minggu kelima pula tiada penyingkiran yang dibuat, peminat masih lagi tertanya-tanya berapakah jumlah bintang yang layak ke peringkat akhir itu. Malah, peminat juga sudah membuat spekulasi bahawa minggu hadapan barangkali akan terdapat dua mahupun tiga penyingkiran yang akan dibuat memandangkan format pada musim terdahulu menyaksikan hanya 6 bintang yang layak.

Ramalan Awal 

Hanya berbaki dua minggu sahaja lagi, peminat sudah membuat ramalan awal mengenai siapakah diantara 9 bintang GV6 ini akan berentap di peringkat akhir dan berikut kami tampilkan senarai 6 bintang yang menjadi pilihan ramai berdasarkan carian menerusi laman sosial.

Naqiu

Jika dilihat pada persembahannya sebelum ini, Naqiu antara bintang GV6 yang sering kali menduduki tangga teratas dan silih berganti diantara pesaing terdekatnya, Jatt. Biarpun begitu, pada konsert minggu keempat Naqiu mengejutkan ramai peminat apabila sekadar menduduki tempat ketujuh. Akui penyanyi itu emosinya yang kurang stabil antara mengapa dia berada di kedudukan tersebut sebelum kembali merampas kedudukan teratas pada minggu seterusnya.

Jatt

Antara bintang yang begitu konsisten! Bintang paling ‘senior’ dalam GV edisi kali ini sering kali memberikan sesuatu yang luar biasa biarpun usianya kini mencecah 63 tahun. Dengan persembahannya pada setiap minggu yang cukup menghiburkan, barangkali kita boleh menjangkakan vokalis Black Dog Bone ini sudah menempah tiketnya ke ‘final’.

Hady Mirza

Kemunculan Hady Mirza dalam GV mengembalikan saat memori kejayaannya dalam sebuah program realiti terdahulu. Malah Hady masih mengekalkan ‘taringnya’ apatah lagi hampir setiap minggu berada di kedudukan lima teratas. Dalam konsert minggu kelima pula, Hady yang mendendangkan lagu Cinta Luar Biasa (Andmesh) berjaya menduduki tempat pertama dengan perolehan markah sebanyak 81%

Roy

Biarpun pelantun Ratnaku ini belum pernah muncul sebagai juara konsert mingguan, namun selama 6 minggu GV berlangsung Roy belum pernah berada di kedudukan terbawah. Dengan prestasinya itu, peminat mungkin sudah menjangkakan Roy akan mara dengan selesa ke peringkat akhir kelak.

NurFatima

Ramai yang tergamam di saat NurFatima diumumkan sebagai peserta yang berada di kedudukan terbawah pada konsert minggu kelima. Malah, penyanyi itu bernasib baik kerana tiada penyingkiran dibuat pada minggu tersebut sebelum kembali ‘membalas dendam’ dengan berada di kedudukan yang keempat. Jika dilihat pada kesemua persembahan peserta kali ini, hanya dengan satu kesilapan mampu membuatkan mereka berada di kedudukan terbawah.

Wann

Jujur kami katakan untuk memilih siapakah bintang GV6 yang mengisi slot keenam ini agak sukar memandangkan ‘mereka yang tinggal’ masing-masing mempunyai auranya tersendiri. Biarpun begitu, kami memilih Wann sebagai ‘pertaruhan’ kerana hampir setiap minggu ada sahaja kelainan yang dibuat oleh penyanyi ini dengan gayanya tersendiri. Seperti yang kami katakan sebelum ini, sebarang kesilapan mungkin akan membuatkan ‘langkah mereka terhenti’. Selain Wann, One Nation Emcess juga berpeluang untuk bergelar sebagai finalis GV edisi kali ini.

Gegar Vaganza 6
https://lomp.at/u2gpb
Share14Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

Beg Tangan Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Buat Ramai Zoom-In

by Aisy
December 17, 2025

Jika sebelum ini tumpuan warganet tertumpu pada kereta mewah yang dinaiki, kali ini satu lagi detail kecil Sosial Buzz berjaya...

Read more
HotList

Kereta Nissan Skyline R34 Milik Isteri Alif Irfan Jadi Hadiah Cabutan Bertuah Paling “Gila” Tahun Ini!

Sosialbuzz kalini kita kupas dunia motorsport tempatan yang digemparkan dengan satu kejutan besar apabila sebuah Nissan Skyline R34, yang sebelum...

Read more
by Aisy
December 11, 2025
HotList

8 Tahun Kahwin, Baru Dapat ‘Proper Dinner’. Pengakuan Jujur Hafizh Syahrin Buat Ramai Tersentuh

Pelumba kebangsaan, Hafizh Syahrin Abdullah mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen ulang tahun perkahwinan kelapan bersama isterinya Noor Suzana Abdul...

Read more
by Aisy
December 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    Putera Mateen Kongsi Momen Sukan SEA, ‘Baby Bump’ Puteri Anisha Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore