Sebelum ini, penyanyi antarabangsa terkenal Selena Gomez pernah mengumumkan untuk berehat seketika daripada dunia seni selepas menghidap beberapa penyakit seperti koplikasi buah pinggang dan juga penyakit lupus sekitar 2017. Pengumuman tersebut dibuat oleh pelantun I Can’t Get Enough itu kerana ingin fokus pada penjagaan kesihatan dan rawatannya.

Luah Rasa Sedih 

Namun begitu, baru-baru ini Selena meluahkan rasa sedihnya kerana bentuk badannya yang semakin berisi menjadi topik jenaka dan kritikan daripada segelintir netizen. Menurut sumber, berat badan Selena semakin meningkat kerana kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambilnya.

IKLAN
View this post on Instagram

Grateful for ze pasta 🍝

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

Malah bintang Hollywood ini akui selera makannya bertambah dan dia perlu bergantung kepada ubat tersebut seumur hidup bagi mengubati penyakit Lupus yang dihadapinya.

“saya berhadapan dengan body-shaming buat pertama kali ketika berat badan saya meningkat. Saya mengalami penyakit Lupus, darah tinggi dan komplikasi buah pinggang yang menyebabkan saya berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain”

Gembira Dengan Kehidupan Kini 

Biarpun terus dikritik, Selena menganggap ianya adalah sebuah realiti yang harus ditempuhi meskipun adakalanya mempengaruhi sedikit sebanyak emosinya. Peristiwa tersebut baginya adalah sebuah pengajaran yang perlu dipelajari dan akan terus gembira dengan kehidupannya tanpa mengambil peduli sebarang komen-komen negatif yang dilemparkan padanya.