Bermula 21 November ini, filem aksi Wira yang merupakan projek mega kerjasama sulung antara lima buah syarikat iaitu Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios bakal ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara.

Filem Tempatan Pertama Ditayangkan Dalam Format 4DX

Wira yang juga terbitan dari pengarah filem PASKAL : The Movie iaitu Adrian Teh menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dain Said, Dato Hilal Azman, Yayan Ruhian, Henley Hii dan Josiah Hogan ini ternyata memberi satu sejarah baharu buat industri perfileman tempatan. Kami di Murai.my berkesempatan untuk menonton lebih awal filem Wira menerusi tayangan khas bersama pihak media baru-baru ini.

IKLAN

Sebagai info, Wira merupakan filem tempatan pertama yang ditayangkan di dalam panggung  Dbox di pawagam GSC terpilih. Adakah berbaloi untuk menonton Wira dengan ciri khas Dbox?

Padat Dengan Aksi 

Ya! Apa yang kami boleh katakan Wira padat dengan segala aksi. Pujian harus diberikan buat Fify Azmi yang pertama kali beraksi dişisi Hairul dan juga layar perak. Mungkin dari segi skrip terdapat sedikit kekurangan namun lakonan dan aksi yang ditampilkan oleh pendatang baharu dalam industri ini sememangnya satu pertaruhan yang cukup berani dan berkesan.

Mengenai lakonan Hairul pula, tidak perlu disangkal lagi bahawa pelakon ini sememangnya serba boleh. Kami difahamkan aksi lagak yang dipaparkan adalah lakonannya sendiri. Kesinambungan kejayaan Hairul dalam PASKAL dapat dilihat menerusi filem Wira apatah lagi dapat bergandingan bersama Yayan Ruhian yang terbabit berlakon dalam filem John Wick 3 : Parabellum.

Mengenai kekurangan, jalan cerita nya jika ditafsirkan agak sedikit cliche. Sedikit spoiler disini, disaat kawasan yang dipenuhi dengan jenayah yang agak melampau, kami sebagai penonton seperti tertanya dimanakah undang-undang di dalam filem ini sedangkan umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang tidak akan bertolak ansur dengan sebarang jenayah.

Malah babak jenaka dari Hairul mahupun kemunculan khas dari Zizan Razak juga seperti tidak sampai. Apa pun aksi yang ditampilkan sedikit sebanyak menampung kecacatan yang ada.

Wajib Tonton 

Secara keseluruhan, kami letakkan filem Wira sebagai salah satu filem wajib tonton dan barangkali ianya adalah penutup filem aksi terbaik bagi tahun ini. Jika anda ingin menonton filem aksi secara maksima dan total, Wira merupakan satu penanda aras yang baharu buat tatapan anda.

Sinopsis Wira 

WIRA mengisahkan tentang karakter utamanya, Hassan (Hairul Azreen) yang merupakan seorang bekas tentera yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil. Dia menyertai tentera bukan sahaja untuk mengawal “setan” dalam dirinya tetapi juga tidak sanggup melihat hidup keluarganya dan orang sekelilingnya yang ditekan dan dikawal oleh Raja (Dain Said).

IKLAN

Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali juga demi keluarga dan menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain terpaksa bertanding sekali lagi dengan Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan), kedua-dua anak Raja. Apakah halangan yang akan mereka hadapi seterusnya? Adakah Hassan mampu menyelamatkan keluarga dan orang di sekelilingnya?