YM Tunku Elana Khyra telah mencipta sejarah selepas menjadi satu-satunya rakyat Malaysia pertama yang telah dijemput untuk menghadiri malam pembukaan festival filem berprestij, Asia’s First Festival de Cannes Film Week yang berlansung di K11 MUSEA, Hong Kong.

YM Tunku Elana Khyra satu-satunya wakil tunggal dari Malaysia yang hadir menyerikan acara itu dengan menyarung busana berona hijau berkilauan menyerlahkan penampilan beliau.

Menerusi kepsyen di Instagramnya, ternyata Tunku Elana Khyra teruja menjadi rakyat Malaysia pertama dijemput khas untuk membuat penampilan pada Festival De Cannes.

“Saya amat berbesar hati untuk berada di sini di K11 MUSEA, dan menjadi orang Malaysia pertama yang dijemput ke Minggu Filem Cannes pertama di Asia. Sudah menjadi peluang yang luar biasa untuk beramah mesra, bertemu dan berkongsi idea dengan penggiat filem & Pengarah kreatif ” jelas YM Tunku Elana Khyra.

Acara pembukaan yang berlangsung pada 12 November yang lalu dihadiri ramai penggiat industri filem terkenal di Hong Kong termasuk pengarah terkenal di peringkat antarabangsa seperti Jean Pierre & Luc Dardenne.

IKLAN

YM Tunku Elana Khyra iaitu anak sulung kepada YM Tunku Datuk Yaacob Khyra kerabat diraja Negeri Sembilan dan ibu tirinya tidak asing lagi dalam dunia fesyen negara iaitu Datin Ezurin Tunku Yaacob.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry