Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Gal Gadot & Ben Affleck Mahu “Justice League” Versi Zack Snyder Dikeluarkan

by Phic ARMAN
November 19, 2019
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya peminat masih tidak boleh move on lagi dengan filem “Justice League” walaupun sudah dua tahun dikeluarkan. Terbaru, peminat sibuk meminta Warner Bros untuk meriliskan semula versi “Justice League” arahan Zack Snyder.

Ia diketahui, Zack Snyder sepatutnya menjadi individu yang mengarahkan projek itu. Namun di saat proses pengeluaran, Snyder terpaksa keluar dari projek itu kerana anak perempuannya didakawa telah membunuh diri. Oleh itu, pengarah Joss Whedon menggantikan Snyder dan mengambil alih “Justice League” dalam arahan yang berbeza.

Zack Snyder

Menariknya, walaupun dia meninggalkan projek itu, Snyder sendiri terus memuat naik beberapa foto yang menjadi petunjuk sekiranya mengarahkan “Justice League”. Akibatnya, peminat telah sepakat untuk menuntut versi “Justice League” arahan Snyder akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Semangat dari peminat ini terbukti apabila hashtag #ReleaseTheSnyderCut tiba-tiba menjadi trend di media sosial Twitter. Tidak hanya itu, pelakon “Justice League” seperti Gal Gadot (Wonder Woman) dan Ben Affleck (Batman) juga tidak teragak-agak untuk memeriahkan kempen #ReleaseTheSnyderCut melalui akaun media sosial masing-masing.

Sebelum mereka berdua, Jason Momoa (Aquaman) awal-awal lagi sudah menyuarakan keinginannya kepada Warner Bros supaya meriliskan versi “Justice League” Zack Snyder. Malah beberapa peminat tidak teragak-agak untuk membuat petisyen yang dimuat naik di halaman Change.org baru-baru ini. Sehubungan itu, petisyen bertajuk “Release The Snyder Cut of Justice League” telah ditandatangani oleh lebih daripada 7453 ribu peminat, dengan sasaran sebanyak 7500 tandatangan.

Dalam perkembangan lain, Snyder sendiri sering berkongsi foto bocor filem ini. Baru-baru ini, Pengarah DC itu berkongsi foto Aquaman, Wonder Woman, dan The Flash yang mengembara ke belakang masa di akaun VERO. Penampilan awal Darkseid juga telah dikongsi, jadi tidak hairanlah para peminat sangat bersungguh-sungguh mengenai “Justice League” versi Snyder.

Walaubagaimanapun, menurut laporan dari The Hollywood Reporter mengatakan bahawa Warner Bros saat ini tidak mempunyai rancangan untuk meriliskan filem “Justice League” arahan Zack Snyder seperti yang dimahukan oleh orang ramai.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/bvion
Share15Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem