Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Abby Abadi Kecewa Bekas Pembantu Rumah Buat Laporan Polis

by Khai Azfar
November 20, 2019
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kecewa di laman Instagram apabila bekas pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Reena dikatakan telah menabur fitnah kepada orang ramai mengenai perilaku Abby yang tidak benar. Selain menuduh Abby tidak membayar gajinya, wanita tersebut juga telah ‘menjual’ nama pelakon itu demi kepentingan peribadinya.

Bekas Pembantu Rumah Buat Laporan Polis 

Justeru itu Abby mengharapkan perkongsiannya itu dapat menjelaskan perihal sebenar mengenai apa yang berlaku apatah lagi nama baiknya telah terjejas gara-gara dipergunakan oleh bekas pembantu rumahnya itu.

Namun tidak lama kemudian, Abby berkongsi sebuah lagi posting yang mana wanita tersebut dikatakan telah membuat laporan polis seolah-olah telah dianayai. Jelasnya lagi, tujuan dia berkongsi gambar wanita tersebut di media sosial kerana mahu dia sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya sebaliknya lain pula yang terjadi.

Enggan Beri Peluang Lagi 

Tegas Abby, sebelum ini dia enggan membuat laporan polis kerana berasa kasihan dan ingin memberikan peluang buat wanita tersebut. Namun memandangkan isu ini terus berlanjutan, Abby menganggap dia mensia-siakan peluang yang diberi dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Di kesempatan itu, Abby turut mempelawa mana-mana pihak yang turut menjadi mangsa kepada wanita berkenaan untuk berkongsi pengalaman mereka ditipu oleh wanita tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
abby abadi
Share8Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  2. 2

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  3. 3

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

  4. 4

    “Tak Perlu Sampai Tampar”- Video Anggota Polis Kejutkan Warga Emas Tidur Cetus Kemarahan Netizen

  5. 5

    Anak Angkat Brad Pitt, Maddox & Zahara Rasmi Gugurkan Nama Keluarga “Pitt”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara