Erra Fazira Dedah Rahsia Perkenalan Dengan Awie Yang Ramai Peminat Tak Tahu

6.2K

Siapa saja yang tak kenal dengan pelakon Erra Fazira yang sehingga hari ini masih memegang gelaran primadona Malasyia dalam dunia perfileman. Baru-baru ini Murai MY tertarik menonton temubual eksklusif Erra bersama DJ Nazz menerusi program Begitu Begini DJ Nazz di laman Youtube Gegar.

Dalami temubual secara santai tersebut, Murai MY perhatikan ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata pujian kepada Erra kerana caranya yang begitu matang dalam menjawab soalan. Ramai menganggap Erra contoh terbaik artis yang sangat matang dengan pertuturan bahasa yang lancar dan penggunaan kata kata yang sedap didengar.

Perjalanan kehidupan Erra yang berliku-liku jelas nampak dari air muka dan kata-kata beliau. Lagi-lagi apabila Erra bercerita tentang jatuh bangun kehidupannya termasuk gagal dalam rumahtangga dan putus tunang pada suatu ketika dahulu.

IKLAN

Bercakap tentang putus tunang, Erra pernah menjalin hubungan cinta bersama Awie setelah sama-sama membintangi filem Sembilu. Mereka melangsungkan pertunangan pada 1996 sebelum akhirnya putus tunang pada hujung 1998.

Dalam temubual tersebut, DJ Nazz mengakui dia membesar pada zaman kegemilangan Erra & Awie dan sudah semestinya dia ingin tahu serba sedikit tentang yang berlaku dalam hubungan mereka berdua.

Mengimbau detik-detik perkenalan dengan Awie, Erra mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah mengenali vokalis kumpulan Wings itu sebelum membintangi filem Sembilu.

“Saya kenal Awie sebelum filem Sembilu. Pada ketika itu, saya rasa Awie mengenali saya kerana saya memenangi pertandingan Ratu Cantik. Jadi dia kenal dekat situ dan kami terjumpalah di suatu tempat, maka dia yang approach saya. Jadi dari situ kami saling menghubungi”- kongsi Erra sambil merahsiakan lokasi pertemuan pertama.

Dj Nazz sempat bertanya bagaimana perasaan Erra setelah didekati Awie, ini jawapan jujurnya;

Kredit Foto: DJ Naz Gegar

“Saya mula-mula terkejut juga tatkala mula-mula Awie mendekati saya.  Namun pada masa yang sama, sebenarnya ramai juga yang mendekati saya.. kononnya! Sebab masih muda, menang pula Ratu Cantik… Tapi sudah tentulah, bila ada rock di dalam rock tu yang saya terima”- katanya

Menurut Erra, dia tak sangka Awie begitu serius untuk menarik dirinya untuk berlakon dalam filem Sembilu, dan kebetulan pada ketika itu pengarah Datuk Yusof Haslam masih tercari-cari heroin yang sesuai.

Kredit Foto: DJ Naz Gegar

“Dalam dunia lakonan, saya terlebih dahulu di ajak oleh Awie, Dia kata You nak berlakon tak? Dan kebetulan pada masa yang sama saya ditawarkan dua buah filem iaitu Putera (lakonan Vanida Imran dan Joe Wings) dan Sembilu. Tapi Awie tarik saya ke Sembilu dan dan dialah yang meyakinkan Datuk Yusof Haslam”

Walaubagaimanapun, Erra menganggap hubungannya dengan Awie sudah ditakdirkan tiada jodoh dan hanya bertahan selaman 6 tahun.

IKLAN

“Itu namanya jodoh sudah tiada. Lagi-lagi bercinta dengan Rockstar kot! Kira Idola ramai orang. Jadi dugaan tu memang tinggi la. Tapi Alhamdulilah, tinggi tak tinggi pun enam tahun jugalah bertahan. Lepas tu dah ke fasa pertunangan tapi tak kesampaian.”

Seperti yang dilaporkan oleh Berita Mediacorp sebelum ini, Erra pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya kini dengan Awie hanya kawan biasa dan tidak pernah merancang untuk ke hubungan yang lebih serius.

“Ternyata kami lebih selesa berkawan dan menghormati status masing-masing. Kami mempunyai tanggungjawab masing-masing dan kami tak pernah pulak berbincang “You solo, I solo mengapa tidak kita courting kembali? Tak pernah pulak ke arah itu.” katanya kepada Berita Mediacorp.

Untuk video penuh Erra dan video temubual bersama artis yang lain, anda boleh tonton sendiri di Begitu Begini DJ Nazz di saluran Youtube Gegar.