Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Ini Sebabnya Henry Cavill Pernah Kena ‘Reject’ Untuk Watak James Bond

by Phic ARMAN
November 20, 2019
54
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Henry Cavill pastinya tidak asing dengan telinga peminat filem superhero. Pelakon yang tampan ini sememangnya sudah sebati dengan watak Superman dalam DC Extended Universe (DCEU).

Namun di sebalik wataknya yang gemilang sebagai Superman sehingga namanya melonjak, nampaknya Cavill juga pernah mengalami kekecewaan ditolak dalam ujibakat atau screentest. Lebih mengejutkan, penolakan itu disebabkan bentuk tubuhnya.

Dipetik dari People,  tidak lama dahulu, pelakon “Man of Steel” ini memberitahu pernah mencuba nasib unutk mendapatkan watak James Bond beberapa tahun yang lalu, iaitu pada awal tahun 2000. Pada masa itu, bentuk badan Cavill tidaklah begitu ‘Sado’ seperti dalam Superman.

Semasa menjalani screen test, pelakon “Mission: Impossible – Fallout” ini diminta untuk berjalan dari bilik mandi menggunakan tuala sahaja. Screen test ini merupakan salah satu daripada adegan pernah dilakukan oleh Sean Connery.

Tetapi malangnya, ketika itu Cavill dianggap tidak sesuai untuk peranan agen 007 itu.

“Saya perlu mempersiapkan diri saya dengan lebih baik,” kata pelakon itu, seperti yang dilaporkan oleh People pada Rabu (11/20).

“Saya masih ingat pengarah Martin Campbell, berkata; Kamu ‘Terlihat sedikit gemuk di sini, Henry. Saya tak tau bagaimana untuk melatih kamu ataupun diet’,” ujarnya.

Akibat penampilannya pada masa itu, Henry tewas kepada Daniel Craig untuk peranan James Bond. Sekarang Daniel sendiri akan bersara untuk memainkan watak agen 007 selepas “No Time To Die” ditayangkan pada tahun 2020.

Ambil Sebagai motivasi

Henry menganggap penolakan ini sebagai motivasi kepadanya untuk terus memperbaiki penampilannya.

“Saya gembira kerana Martin berkata  begitu, kerana saya terus memperbaiki diri saya dari  kejujuran itu (sebenarnya) ia menjadikan saya lebih baik,” jelasnya.

Bukan sahaja gagal untuk mendapatkan peranan sebagai James Bond, pelakon berusia 36 tahun itu juga ditolak semasa mengikuti ujibakat “Tristan + Isolde” dan “Twilight”. Rupanya, Henry Cavill dianggap kurang  baik berbanding dengan James Franco dan Robert Pattinson dalam kedua-dua filem tersebut.

“Saya tidak tertekan kerana gagal, tetapi saya biasa menerima kekecewaan dalam industri ini kerana saya telah mengalaminya. Kata-kata seperti, ‘Anda tidak cukup baik’ sudah biasa untuk saya,” kata pelakon itu

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/h02kg
Share25Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem