Shila Amzah Jawab Isu Kekayaan Cecah RM200 Juta

4.1K

Penyanyi yang menempa nama dalam industri muzik peringkat global, Shila Amzah menjawab dakwaan yang kononnya dia tergolong sebagai salah seorang artis wanita terkaya di Malaysia.

Murai MY berkesempatan menonton program Begitu Begini DJ Nazz di saluran Youtube Gegar bagi mendengar penjelasan dari Shila. Dalam temubual eksklusif tersebut, Shila menjawab soalan dari DJ Nazz di mana ada desas desus mengatakan dia telah mengumpul aset memcecah USD 50 Juta atau sekitar RM 200 Juta pada 2016 sehingga di digelar artis terkaya di Malaysia.

Kredit Foto: Begitu Begini DJ Nazz

“Masa awak menang Asian Wave, awak menang RM 5 Juta. Dilaporkan kekayaan awak bernilai USD 50 Juta atau RM200 Juta pada 2016, sekaligus menjadikan salah seorang jutawan dalam dunia hiburan. Betul atau tidak kenyataan ini?”- tanya DJ Nazz.

“Tak betul kot, sebab kalau kira aset saya,tak sampai kot tahap tu! Betul atau tidak betul juga lah kenyataan tu”- jawab Shila

Walaubagaimanapun Shila seolah-olah tidak menafikan atau mengiyakan kenyataan bahawa dia meraih kekayaan yang besar melalui dunia hiburan sehingga bergelar jutawan. Malah Shila berkongsi nasihat, sekiranya mahu berjaya dalam bidang nyanyian, perkara paling penting setiap penyanyi perlu teliti membaca kontrak dan tahu nilai diri.

IKLAN

“Sebenarnya dalam bidang nyanyian ini, kalau betul-betul buat, betul-betul baca kontak dan tahu nilai diri memang boleh buat duit. Insyallah”- katanya ketika disoal oleh DJ Nazz

Mengenai perkembangan terbaru Shila, beliau baru sahaja tersenarai antara 100 Wanita Paling Cantik Di Asia. Berdasarkan undian, Wajah Lelaki Asia Tercantik 2019 dimenangi oleh pelakon dan penyanyi dari China, Xuao Zhan. Manakala ahli kumpulan K-Pop terkemuka BLACKPINK iaitu Lisa menjadi Wajah Wanita Asia Tercantik 2019.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry