Sunday, January 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result

Astro Umum Kejutan! Gegar Vaganza 2019 Dilanjutkan Selama 3 Minggu

by Khai Azfar
November 25, 2019
49
KONGSIAN
Share on Facebook

Minggu kelapan program realiti Gegar Vaganza 2019 atau juga dikenali sebagai GV6 sepatutnya merupakan minggu separuh akhir yang mana sembilan peserta yang tinggal akan merebut enam ‘kerusi’ di pentas akhir pada minggu hadapan.

Hady Mirza Kekal Juara 

Bertemakan ‘Caras’, Hady Mirza yang membawakan lagu Jatuh Bangun dendangan asal Haqiem Rusli mengukir senyuman gembira apabila diumumkan sebagai peserta pertama yang layak ke minggu seterusnya dan diikuti rapat oleh pesaingnya, Naqiu. Manakala One Nation Emcees dan Noorshila Amin membuat kejutan apabila turut layak ke ‘final’ masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat. Manakala Jatt dan Roy bernasib baik apabila pertaruhan pada minggu ini dilihat seperti kurang menyengat namun masih terselamat untuk minggu seterusnya.

Tiga Peserta Tersingkir 

Memandangkan format GV masih mengekalkan hanya 6 peserta yang layak ke peringat akhir kelak, tiga peserta yang tinggal iaitu NurFatima, Sham VISA dan Wann sekaligus tersingkir daripada minggu ini. Namun begitu, belum sempat pengacara GV6, Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengucapkan selamat tinggal pada mereka, secara tiba-tiba skrin digital pentas itu menunjukkan sebuah klip video pengumuman rasmi daripada pihak Astro.

Astro Umum Kejutan 

Menerusi video tersebut pihak Astro telah mengumumkan bahawa GV6 akan dilanjutkan tempoh siarannya selama 3 minggu yang mana peringkat akhir dijadualkan akan berlangsung pada 15 Disember 2019. Malah dalam pengumuman itu juga, Astro turut memberi satu berita baik pada semua peserta bahawa pada minggu ini juga tiada penyingkiran akan dibuat.

View this post on Instagram

A post shared by Ria X (@officialriax)

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria & Ria HD, Emarina Kamal dalam sidang media khas GV6 keputusan itu sememangnya sudah dibuat terlebih awal namun ianya dinilai berdasarkan permintaan dan juga mutu persembahan yang ditonjolkan oleh para peserta kali ini.

Malah ianya juga merupakan sebagai tanda terima kasih pihak Astro kepada peminat dan pelanggan mereka yang menjadikan program hiburan itu sebagai program realiti televisyen tempatan paling popular selama enam musim berturut-turut. Justeru itu, minggu hadapan kesemua sembilan peserta akan kembali merentap bagi mengekalkan kedudukan terbaik mereka untuk ke minggu seterusnya.

Markah Penuh Peserta Gegar Vaganza Minggu Keenam 

  1. Hady Mirza – 84%
  2. Naqiu BOBOY – 83%
  3. One Nation Emcees – 70%
  4. Noorshila Amin – 69%
  5. Jatt Ali -63%
  6. Roy – 63%
  7. NurFatima – 63%
  8. Sham VISA – 61%
  9. Wann- 61%
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Gegar Vaganza 2019
Share22Tweet11SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

HUAWEI Memperkenalkan Bunyi Menakjubkan Dengan Huawei Freebuds 5i Serba Baharu
Teknologi

HUAWEI Memperkenalkan Bunyi Menakjubkan Dengan Huawei Freebuds 5i Serba Baharu

by Aphit J.
January 28, 2023
Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics
Lokal

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics

by Aphit J.
January 28, 2023
AirAsia Perkenalkan Menu Baru, Barangan Ekslusif Dan Banyak Lagi Untuk Tahun 2023
Jalan-Jalan

AirAsia Perkenalkan Menu Baru, Barangan Ekslusif Dan Banyak Lagi Untuk Tahun 2023

by Aphit J.
January 28, 2023
Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival
Lokal

Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival

by Aphit J.
January 28, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  5. 5

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan