Tuesday, January 31, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result

Haneesya Hanee Wakil Malaysia Dalam Miss Pink Lady Asia Musim 2

by Khai Azfar
November 25, 2019
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Atas sambutan yang cukup menggalakkan, program realiti pencarian model Miss Pink Lady Asia (MPLA) diteruskan dalam musim kedua. Menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia seperti Thailand , Myanmar, India, Korea, Philipines, Singapore, Indonesia , Hong Kong dan tidak lupa sebagai tuan rumah iaitu Malaysia kesemua peserta yang terpilih ini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza bagi bersaing untuk mendapatkan gelaran menjadi Pink Lady of Asia untuk musim ini.

Haneesya Hanee Tampil Beri Saingan MPLA 

Selain menampilkan peserta-peserta dari pelbagai negara, musim ini juga agak menarik kerana turut menyaksikan model yang juga pelakon baru, Haneesya Hanee menjadi salah seorang peserta rancangan realiti itu. Menurut pengarah program ini dari Icube Studio.En Mohamad Hafiz Naslallizi pemilihan Haneesya sebagai peserta bukanlah kerana ingin menaikkan rating rancangan itu sebaliknya ianya juga adalah kesudian model tersebut untuk bersaing dengan peserta lain bagi memperbaiki kemahiran dan kerjayanya sebagai seorang model professional.

Platform Untuk Kembangkan Bakat 

Perkara itu turut diakui Haneesya sendiri ketika ditemui Murai.my usai daripada majlis pengenalan barisan peserta Miss Pink Lady Asia awal minggu lalu. Bagi Haneesya, biarpun sudah bergelar seorang selebriti namun dia tidak menganggap itu merupakan satu alasan mahupun kekangan untuk dia mengasah bakatnya. Malah jelas Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya binti Sayed Sahalan,19 dia memulakan kariernya sebagai seorang model malah penyertaannya dalam MPLA merupakan satu platform yang bagus untuk dia lebih menyerlah di dalam bidang ini apatah lagi bersaing dengan peserta daripada negara lain.

“Pada mulanya saya rasa agak berat untuk masuk memandangan formatnya hampir sama dengan program realiti yang saya pernah masuk sebelum ini. Mungkin ini satu cabaran diri untuk diri saya sertai semula dan memaafkan diri atas apa yang terjadi sebelum ini. Saya berharap tahun 2020 adalah yang terbaik buat saya.

Semua orang tahu saya memulakan karier sebagai model. Tidak mengenepikan minat dalam bidang lakonan, namun saya lebih minat yang begitu mendalam dalam bidang modelling berbanding lakonan. Jadi MPLA ini konsepnya lebih kurang America Next Top Model, cabarannya lebih mencabar dan lebih ke arah bidang modelling yang professional dan sebab itu jugalah saya berani masuk”

Bakal Bawa Pulang RM12,000

Sebagai info, Pemenang MPL ASIA Musim kedua bakal membawa pulang hadiah kemenangan RM12,000 untuk tempat pertama, dan RM 8000 untuk tempat kedua. Sementara itu, pemenang tempat ke-tiga bakal membawa pulang RM5,000.Selain Haneesya, dua lagi peserta iaitu Adeline Lim dan Elysha Arnold juga akan mewakili Malaysia.

MPL ASIA musim kedua bakal disiarkan untuk 13 episod di saluran penstriman Youtube @pinklady.tv bermula 4 Januari, 2020 pada setiap hari Sabtu, jam10 malam. Untuk informasi lebih tontoni Pink Lady Extra setiap hari Rabu 9 dan semua episod akan disiarkan secara langsung di laman web www.pinklady.tv.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: haneesya haneemiss pink lady asia
Share24Tweet14SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?
Selebriti

Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Serikan Wajah Pucat Kamu Dengan Liquid Blush, 7 Jenama Pilihan Miss Murai
Kecantikan

Serikan Wajah Pucat Kamu Dengan Liquid Blush, 7 Jenama Pilihan Miss Murai

by Lisa Ghani
January 31, 2023
Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?
Selebriti

Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?

by Mas Ayu
January 31, 2023
CU x Dato’ Fazley: 5 Juadah Inspirasi Tahun Baru Cina Kena Cuba Sekarang
missmurai

CU x Dato’ Fazley: 5 Juadah Inspirasi Tahun Baru Cina Kena Cuba Sekarang

by Lisa Ghani
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  3. 3

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  4. 4

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan