Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Kutipan Filem Pusaka & Wira Memberangsangkan Di Pawagam!

by Khai Azfar
November 26, 2019
149
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada bulan ini, terdapat beberapa buah filem tempatan menjadi perhatian umum apabila ianya mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air. Naskhah yang dimaksudkan adalah filem Pusaka dan Wira yang kini hangat ditayangkan manakala Ejen Ali pula bakal memberi saingan pada 28 November ini.

Pusaka Raih RM 12.5 Juta Kutipan 

Biarpun ditayangkan dalam bulan yang sama namun filem-filem ini mendapat sambutan yang cukup menggalakan. Buktinya filem Pusaka yang bergenrekan seram telah mendapat sebanyak RM 12.5 Juta kutipan dalam masa 25 hari tayangan.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Dengan pencapaian tersebut, filem yang dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan dan Yuna Rahim kini menduduki tangga ke-13 bagi kutipan filem tertinggi sepanjang zaman merampas kedudukan filem KL Special Force sebelum ini yang memperoleh sebanyak RM 12.2 Juta kutipan.

Wira RM 2.2 Juta Kutipan Dalam Masa Empat Hari 

Manakala Wira tampil dengan kutipan yang membanggakan seiring dengan judul filem nya. Baru sahaja ditayangkan empat hari yang lalu, filem arahan Adrian Teh ini telah meraih sebanyak RM 2.2 juta kutipan! Perkongsian tersebut telah dimuatnaik menerusi Instagram rasmi Astro Shaw. Sebelum ini, filem Adrian yang berjudul Paskal telah mencapai satu rekod baharu apabila telah berjaya mengutip RM 28.98 juta kutipan sekaligus menduduki kedudukan keempat secara keseluruhan bagi rekod kutipan filem tertinggi sepanjang zaman.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Filem Wira yang dilakonkan oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii, Dain Said dan Josiah Hogan serta pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda dijangka akan mencapai kutipan tinggi kelak dan memberi saingan buat filem-filem sebelum ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
filem pusakaFilem Wira
https://lomp.at/d63lf
Share60Tweet37SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem