Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

‘Surat Terbuka’ Tersebar! Dakwa Perkahwinan Kedua Da’i Farhan Tidak Direstui

by Khai Azfar
November 26, 2019
80
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi laman Instagram nya, juara program Da’i musim kedua yang juga salah seorang Panel Agama rancangan Tanyalah Ustaz di TV3 iaitu Da’i Farhan telah berkongsi mengenai khabar berita mengenai dirinya yang sudah bernikah kali kedua dengan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai seramai 8 orang cahaya mata.

Berterima Kasih Pada Isteri Pertama 

Menurut Da’i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, mereka telah selamat bernikah di Tanah Suci Mekah baru-baru ini dan turut mengucapkan terima kasih buat isteri pertama nya, Fatin Nurul Ain yang sentiasa bertabah dan merestui pernikahan tersebut.

Dalam pada itu, Da’i Farhan turut menganggap pernkahan keduanya bukan sahaja tanggungjawab untuk berlaku adil malah ianya juga amanah untuk membesarkan kesemua anak-anaknya.

https://www.instagram.com/p/B5O4bKRA6aG/

Surat Terbuka Tersebar 

Biarpun begitu, menerusi laman Facebook tersebar mengenai sebuah ‘surat terbuka’ yang ditulis oleh seorang pengguna dipercayai rakan kepada isteri pertama pendakwah bebas itu.

Dalam penulisannya mendedahkan bawah pernikahan tersebut pada mulanya tidak direstui oleh Fatin dan ahli keluarganya.

Malah status pendakwah itu hanya diketahui selepas dia bernikah dengan wanita tersebut beberapa bulan yang lalu selepas mengetahuinya menerusi sebuah akaun Facebook rasmi.

Kecewa Dengan Da’i Farhan 

Jelas wanita tersebut dalam penulisannya, dia berasa marah dan kecewa kerana pendakwah tersebut sanggup berbuat demikian dalam keadaan isterinya yang sedang hamil anak kedua mereka.

Bertegas untuk tidak memadam posting berkenaan, menurutnya lagi tujuan dia berbuat demikian adalah kerana ingin menegakkan hak wanita dan tidak menggunakan ‘alasan’ agama untuk menegakkan sesuatu kebenaran.

Sejak dimuatnaik, posting berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen malah ada juga yang tidak menyangka bahawa pendakwah tersebut sanggup berbuat demikian.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Da'i Farhanisteri Da'i Farhan
https://lomp.at/6ljtl
Share34Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem