Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Chris Hemsworth Bocorkan Jadual Penggambaran ‘Thor: Love And Thunder’

by Phic ARMAN
November 26, 2019
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Thor: Love and Thunder disahkan menjadi sebuah filem yang termasuk dalam senarai fasa empat daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) francais. Siri sambungan “Thor: Ragnarok” itu bersedia menyambut peminat pada tahun 2021.

Marvel juga kembali memilih Taika Waititi untuk duduk di bangku pengarah. Di samping itu, pelakon tampan Chris Hemsworth pasti mengulangi wataknya sebagai Thor. Begitu juga, Tessa Thompson, yang kembali memegang watak sebagai Valkyrie.

Natalie Portman yang sebelum ini memainkan watak sebagai Jane Foster juga akan kembali dalam siri keempat “Thor” ini. Menariknya, Natalie bukan sahaja akan mengulangi watak Jane, tetapi juga akan menjadi Female Thor.

Bercakap tentang “Thor: Love and Thunder”, nampaknya ada hal yang dibocorkan baru-baru ini yang dikongsi oleh Chris Hemsworth mengenai jadual penggambaran filem penutup fasa keempat MCU.

Seperti yang dilaporkan oleh Coming Soon.net, menurut pelakon itu, proses produksi sehingga penggambaran siap untuk dimulakan pada pertengahan 2020.

Perkara ini didedahkan apabila Hemsworth menjadi tetamu undangan di Tokyo Comic Con. Semasa acara itu, Hemsworth mendedahkan bahawa dia masih belum melihat naskah untuk filem ini, jadi dia tidak boleh mendedahkan banyak perkara. Tetapi dia berkata dia sudah bersedia untuk menjalani penggambaran tahun depan.

“Saya masih belum melihat skrip lagii, tapi saya tahu mereka bekerja keras dan sangat bersemangat untuk membawa sesuatu yang baru lagi segar, Tapi kami memulakan penggambaran pada pertengahan tahun depan” kata Hemsworth.

Sementara itu, “Thor: Love and Thunder” akan mengadaptasi kisah dari komik “The Mighty Thor” oleh Jason Aaron. Siri keempat “Thor” dirancang untuk menjadi filem penutup empat fasa MCU dan menceritakan kisah yang sangat berbeza dari sebelumnya.

Mengikut perancangang “Thor: Love and Thunder” akan dikeluarkan pada 5 November 2021.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/s23tb
Share13Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem