Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Lepas Ni Kami Suami Isteri Banyak Masa Bersama”- Akim

by Phic ARMAN
November 27, 2019
60
KONGSIAN
Share on Facebook

“Saya kecewa, Que mempunyai bakat yang besar”- itulah kata-kata yang mampu diluahkan oleh Akim selepas protegenya Ryan Que diumumkan tersingkir di Mentor Milenia minggu ke-7 Ahad lalu. Que memilih Sarah Suhairi sebagai pasangan duet telah menyampaikan lagu Stay (penyanyi asal Rihanna dan Mikky Ekko).

View this post on Instagram

A post shared by Mentor Milenia 2019 (@mentortv3official)

Suara Que yang halus tenggelam dalam lagu yang didendangkan dan menurut Altimet, pemilihan lagu minggu ini tidak menonjolkan potensi penuh mereka.

Rata-rata peminat terkejut dengan keputusan ini dan Murai MY sempat bertemu dengan Akim bagi mengulas lebih lanjut mengenai penyingkiran Que pada malam tersebut.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi pada Que, saya langsung tak jangka dia akan keluar pada minggu ini. Tapi itulah pertandingan, ada kalah dan menang. Walaubagaimanapun kita kena move on dan terima apa yang berlaku”- katanya

“Lepas Ni Kami Suami Isteri Banyak Masa Bersama”- Akim

Memandangkan kini Stacy dan Akim hanya tinggal seorang saja lagi protege, mungkin ramai peminat yang membuat andaian bahawa pasangan ini akan bekerjasama dalam sesi latihan protege.

Menyangkal dakwaan ini, Akim berkata, dia dan Stacy masih meneruskan latihan bersama protege masing-masing secara berasingan.

“kami tidak merancang untuk melatih protege kami bersama-sama. Masih tetap melatih protege secara berasingan. cuma bila tinggal seorang protege ini, lagi ‘ringanlah’ dan selepas ini kami suami isteri ada banyak masa bersama”- katanya berseloroh.

Menurut Akim, dia dan Stacy mempunyai caranya tersendiri dalam melatih protegenya tentang vokal dan persembahan.  Tambahnya lagi, Akim sering mengingatkan protegenya bahawa berada di dalam rancangan Mentor umpama ‘short course’ untuk mereka dan perlu memanfaatkan sepenuhnya pelajaran yang diberikan oleh mentor masing-masing untuk bergelar juara.

Minggu ketujuh menampilkan tema duet membuka tirai dengan pasangan suami isteri Akim dan Stacy yang menyampaikan lagu Getaran Jiwa (penyanyi asal Tan Sri P. Ramlee).

https://www.instagram.com/p/B4cEThIBfD5/

Jikalau minggu sebelum dua yang tercorot adalah protege kepada Black, minggu protege Akim pula yang perlu merebut tempat untuk kekal dalam pertandingan. Que dan Sharee Lopes bertarung dengan menyampaikan lagu Tunggu Sekejap (penyanyi asal Tan Sri P. Ramlee). Pemilihan juri untuk mengekalkan Sharee Lopes dalam pertandingan kerana semangat beliau untuk menjadi juara musim ini terbukti dalam nyanyian beliau.

Saksikan Mentor Milenia setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM).

Akim Mentor
https://lomp.at/l8em0
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

by Aphit J.
July 12, 2025

Semua sedia maklum bahawa semenjak dua menjak ini anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyyan sering...

Read more
Lokal

Shila Amzah Gembira Jumpa Jaclyn, Ella & Awie Selesai Konsert – Beri Gambaran Artis Legenda Yang Serangnya

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Dakwa Diserang Artis Legenda Ketika Latihan Konsert, Nama Amy Search, Awie dan Ella Jadi Bualan Netizen

Mengambil langkah selamat dan profesional, penyanyi terkenal Shila Amzah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden yang didakwa berlaku...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

“Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Pernah menjayakan lebih 60 konsert sepanjang tiga dekad dalam dunia seni, Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa auranya...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

Rindu Cucu Tak Pernah Padam, Ibu Aliff Aziz Luah Harapan Bertemu Semula Ayden dan Ara di Akhirat

Dalam suasana penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rindu...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

‘Unfollow’ Tanpa Penjelasan, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin Cetus Spekulasi Rumah Tangga di Ambang Perpisahan

Tiada siapa menyangka, di sebalik senyuman dan momen indah yang pernah dikongsi bersama, rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Comelnya! Victoria Kongsi ‘Unseen’ Foto & Video Harper Sempena Ulang Tahun Ke-14

Comelnya hubungan mak dan anak ini! Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Harper Beckham yang ke-14 semalam, Victoria Beckham telah memuat...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Foto - @ridzokumura (IG)
Lokal

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

Perkongsian terbaru Ridzokumura mengenai keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, telah membuatkan ramai yang sebak. Tidak dapat menanggung kerinduan...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Lokal

Ummi Nazeera Menari Di TikTok, Lain Pula Yang Netizen ‘Cemburu’?

Pelakon, Ummi Nazeera kembali menghiburkan peminat di media sosial dengan perangai 'random' selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
July 11, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Remy Ishak Melepas Rindu Di Airport, Netizen Terharu!

Perkongsian isteri kepada aktor Remy Ishak iaitu Ezza Yusof mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelaki mereka, Tuah Alam...

Read more
by Naddy Joe
July 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  5. 5

    Ini Reaksi P Diddy Setelah Terlepas dari Dakwaan Perdagangan S*ks

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem