Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Kayda Muncul Dengan Video Muzik ‘Macam-Macam’

by Khai Azfar
November 29, 2019
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi yang sinonim dengan muzik bergenre hip hop, Wan Nur Khaleda Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Kayda, 28, kembali dengan video muzik terbaharu berjudul ‘Macam-macam’.

Lagu Rap Solo Pertama Terkandung Pelbagai Bahasa

 

Dilancarkan beberapa minggu yang lalu, single ini merupakan ciptaan dan dihasilkan oleh Lucka Sickta kolaborasi bersama Kayda sendiri. Single ‘Macam-macam’ merupakan lagu rap solo pertama anak kepada penyanyi Sheila Majid ini di dalam Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris. Sebagai info, memulakan kariernya secara suka-suka seawal usia 13 tahun dan menggemari penyanyi hip hop antarabangsa seperti Missy Elliott, Ak’Sent dan TLC.

Memperkasakan Hak Wanita 

Akuinya, memilih kerjaya sebagai penyanyi rap di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah dan dia telah pun mengorak langkah secara profesional pada usia 21 tahun.

“Sejak kecil lagi saya telah didedahkan dengan pelbagai genre muzik, dan genre R&B serta hip hop menjadi pilihan kerana ia membuatkan saya berasa seronok mendengarnya”

Jelsnya lagi single ini merupakan mesej bagi memperkasakan hak wanita dalam. menghadapai pelbagai rintangan. Bercakap mengenai pembikinan video muzik ini pula, Kayda berkata pembikinan muzik video ‘Macam-macam’ tidak memakan masa yang lama kerana pihak pengurusan dan krew sudah tahu gambaran apa yang dikehendaki.

“Memandangkan saya juga rap dalam Bahasa Mandarin, saya ingin ketengahkan elemen Oriental melalui dekorasi yang gah di Hotel Federal dan membawa simbolik seorang maharani dalam generasi sekarang yang lebih kendiri, perkasa dengan nilai-nilai adat Timur.

Selain itu, saya juga ingin ketengahkan kepelbagaian budaya di Malaysia melalui video muzik ini di mana kita mampu hidup bersama dalam keadaan yang harmoni akan tetapi masih menghadapi masalah yang sama di zaman yang serba moden ini. Saya berharap penggemar lagu hip hop di luar sana akan terhibur dengan buah tangan terbaharu daripada saya ini.”

Muzik video lagu ‘Macam-macam’ boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran YouTube ‘Kayda’ dan juga boleh dimuat turun di iTunes serta semua syarikat telekomunikasi tempatan sebagai nada dering panggilan dan boleh dinikmati melalui penstriman atas talian seperti iTunes, Spotify, Deezer, Joox dan Apple Music.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kaydakayda macam-macam
https://lomp.at/6esf1
Share36Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem