Perniagaan syarikat penerbangan telah menjadi tarikan istimewa bagi pelabur untuk melabur modal mereka. Syarikat Penerbangan Fly Emirates antara syarikat penerbangan yang maraih keuntungan tertinggi sehingga US$ 13.3 bilion pada 2018 dan Qantas yang mencatat keuntungan sebanyak AU$ 17 bilion pada 2018.

Walau bagaimanapun, tidak semua syarikat penerbangan mampu beroperasi dengan cemerlang seperti kedua-dua syarikat di atas. Terdapat beberapa syarikat yang terpaksa melakukan pengurangan kos dan malah ada yang muflis.

Mengikut data dari AllPlane, pada tahun ini iaitu 2019, terdapat kira-kiral lebih dari 20 syarikat penerbangan dunia yang terpaksa menghentikan operasi mereka akibat kerugian yang berterusan. Nak tahu? Berikut 5 di antaranya yang tidak lagi beroperasi.

IKLAN

5Aigle Azur

Syarikat pertama yang mengisytiharkan muflis adalah Aigle Azur, sebuah syarikat penerbangan yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan berpangkalan di bandar Paris, Perancis.

Menurut sumber, Simple Flying, pada 2 September 2019, pihak pengurusan menyatakan bahawa syarikat tersebut telah muflis kerana kerugian yang besar. Mereka terpaksa berhentikan pekerja sekitar 1,200 orang.

Beberapa laluan penerbangan yang dikendalikan oleh Aigle Azur adalah dari negara-negara di Amerika Latin, Afrika dan negara-negara Eropah yang lain.

4Jet Airways

Kemudian, syarikat penerbangan Jet Airways yang ditubuhkan pada tahun 1992 di Mumbai, India. Sejak 17 April, 2019, lembaga pengarah memutuskan untuk menghentikan semua operasi pesawat kerana gagal mendapat pembiayaan. Menurut BBC, mereka berdepan dengan hutang sehingga US$ 1.2 Billion.

Difahamkan syarikat itu yang pernah menjadi syarikat penerbangan terbesar di India itu memiliki 123 buah pesawat. Salah satu jenis pesawat yang dimiliki mereka ialah Boeing 737 Max.

3Thomas Cook

Ketiga, terdapat satu syarikat yang dimiliki oleh jutawan British, Thomas Cook. Selain memiliki perniagaan dalam bidang penerbangan, dia juga mempunyai satu lagi perniagaan lain di bidang ejen pelancongan.

IKLAN

Dipetik dari BBC, pada 23 September, 2019, aktiviti penerbangan Thomas Cook Airlines terpaksa dihentikan kerana berdepan dengan kerugian. Sekitar 150 ribu orang di seluruh dunia telah terjejas dari penutupan syarikat penerbangan tersebut.

2Adria Airways

Di Slovenia, terdapat Adria Airways. Syarikat penerbangan itu, yang telah beroperasi selama 58 tahun, terpaksa muflis pada 30 September, 2019, disebabkan oleh kegawatan ekonomi.

Faktor utama yang menjadikan Adria Airways tidak dapat meraih keuntungan adalah persaingan dari pesaing yang semakin kuat. Seperti yang dilaporkan oleh Reuters,  Adria berdepan dengan hutan berjumlah US$ 98 Juta dan memerlukan sekurang-kurangnya US$ 35 juta untuk meneruskan semula sebahagian besar penerbangannya.

1WOW Air

Yang terakhir adalah syarikat WOW Air yang ditubuhkan pada tahun 2011 di negara Iceland. Beberapa laluan penerbangan antarabangsa yang ditawarkan ialah Eropah, Asia dan Amerika Utara.

Sehingga akhirnya, pada 28 Mac 2019 pihak pengurusan terpaksa menutup semua aktiviti penerbangan kerana kerugian besar. Dipetik dari Mirror.co.uk, mereka kehilangan hampir £32 juta sebelum cukai dalam sembilan bulan pertama pada tahun 2018. Wow Air dipercayai berdepan hutang sehingga £ 150 juta.

Begitulah permasalahan 5 syarikat penerbangan yang terpaksa menghentikan operasi penerbangan pada tahun 2019.

Walaupun syarikat penerbangan ini mempunyai potensi yang besar, tetapi ia tidak menolak kemungkinan syarikat-syarikat besar di dunia terpaksa muflis akibat persaingan yang semakin sengit dalam industri penerbangan dunia.