Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Ini Bukan Lagu Nasyid”- Azmi Saat, Caliph Buskers

by Zaidin Albert
November 29, 2019
Share on Facebook

Hampir dua tahun berlalu semenjak melancarkan single ketiga ‘Buta’ pada penghujung 2017, kini kumpulan Caliph Buskers masih boleh berbangga dengan impak lagu tersebut apabila mereka mendapat pencalonan dua kategori di Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19) yang bakal berlangsung pada 30 November nanti.

Menerusi “Buta”, Caliph Buskers telah tercalon untuk kategori Anugerah Lagu Pilihan Pendengar dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan.

Penghujung tahun lalu, mereka muncul dengan lagu ‘Hanya Mimpi’ yang lalu, sebuah lagu yang menampilkan sisi berbeza kumpulan yang dianggotai lima individu orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan ini.

Terkini, kumpulan yang pernah popular dengan lagu ‘Romancinta’ dan ‘Hanya Namamu’ bakal muncul dengan single terbaharu mereka berjudul “MANUSIA”.

“MANUSIA” merupakan ciptaan Omar K, Ikhwan Fatanna dan John Jeevasingham. Menerusi lagu terbaharu ini, Caliph Buskers sekali lagi mempertaruhkan konsep ketuhanan sebagaimana lagu-lagu popular mereka sebelum ini, ‘Hanya Namamu’ dan ‘Buta’.

Menyifatkan lagu “MANUSIA” ini seumpama makanan jiwa, penyanyi Azmi Saat berkata,

“Ini bukan lagu nasyid, tapi lebih kepada pop ketuhanan. Lagu ini bercerita tentang penyesalan seorang insan yang membelakangkan Yang Esa tatkala sibuk mengejar dunia. Kami berharap lagu ini mampu menyampaikan dakwah secara tidak langsung kerana lagu ini mampu melahirkan rasa insaf kepada yang benar-benar menghayatinya. Kalau terlalu cintakan dunia, semuanya akan hilang atau mati akhirnya. Tetapi cinta kepada Yang Esa menjadikan hidup kita di atas muka bumi ini lebih bermakna.”

View this post on Instagram

A post shared by CALIPH BUSKERS (@caliphbuskersofficial)

Single terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music, bermula 29 NOVEMBER 2019.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KLIMS 2026
Musik

Minggu Akhir KLIMS 2026 Bakal Dimeriahkan Dengan Ella, Lah Ahmad & Anuar Zain!

by Nurul A.
June 16, 2026

Memasuki minggu terakhir, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 akan dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung hingga komuniti kreatif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara