Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Cara Mudah & Pantas Buat Kolaj Gambar Tahunan “Best Nine” di Instagram

by Phic ARMAN
December 3, 2019
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah menjadi acara tahunan, pengguna Instagram sering memaparkan 9 foto yang paling banyak dapat likes dalam setahun untuk dibuat kolaj dalam satu gambar.

Kolaj ini sering dilabel dengan hashtag #bestnine yang menandakan sembilan foto terbaik pengguna. Posting “best nine” ini sekarang nampaknya telah dibuat semula oleh pengguna Instagram.

Topnine.co

Untuk mendapatkan kolaj ‘bestnine’ ini, pengguna diharuskan untuk mendapatkan aplikasi atau perkhidmatan pihak ketiga. Satu aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat kolaj foto-foto ini ialah Topnine.co.

Murai MY juga cuba membuat kolaj foto #2019BestNine menggunakan Topnine.co. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan untuk membuat kolaj foto melalui aplikasi Topnine.

Pertama dengan melawat halaman topnine.co melalui laman sesawang, atau kedua, dengan menggunakan aplikasi Android yang boleh dimuat turun di sini dan aplikasi untuk iOS yang boleh dimuat turun di sini.

Apabila masuk ke tapak atau aplikasi topnine.co melalui lama sesawang, pengguna hanya memasukkan nama pengguna Instagram (ID) mereka dan tekan butang “continue”.

Pada halaman seterusnya, pengguna akan diminta memasukkan alamat e-mel pengguna yang aktif. Selepas itu, klik pada butang “Find My Top 9”.

Tanpa mengambil masa yang lama, topnine.co juga akan memaparkan 9 foto dengan jumlah “likes” yang paling banyak.

Kolaj diatur mengikut populariti dan beberapa maklumat secara terperinci mengenai kolaj ini turut dipaparkan. Untuk Instagram rasmi Murai MY, pada tahun 2019 menerima 1.4 Juta likes, disini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih buat semua pengikut setia Murai MY.

Pengguna boleh menyimpan foto kolaj ini di galeri mudah alih dengan menekan butang “Save to Photos” Atau, pengguna juga boleh memaparkannya secara langsung di Instagram (melalui Stories atau Feed) dengan menekan butang “Share on Instagram”.

Perlu diingat, topnine.co hanya menganalisi foto yang dimuatkan pada tahun 2019. Ini bermakna gambar yang dimuatnaik pada tahun 2018 tidak akan dimasukkan ke dalam kolaj, walaupun bilangan “likes” foto itu lebih besar daripada foto yang dimuatkan pada tahun 2019.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/k22i0
Share12Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem