Siapa sangka sejak bakatnya dicungkil dalam program realiti Akademi Fantasia tidak lama dahulu, nama Syamel terus mekar di dalam industri muzik tempatan. Malah boleh dikatakan hampir setiap lagu nya menjadi hits dan hangat dimainkan di corong-corong radio.

Kembali Dengan Curang 

Terbaru, Syamel kembali dengan sebuah lagi lagu solo hebat berjudul ‘Curang’.‘ Curang‘ merupakan sebuah lagu berentak balada dan terhasil setelah para penciptanya mendapat ilham dengan melihat kadar penceraian yang semakin meningkat dalam masyarakat masa kini. Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh Aepul Roza dari Drama Band dan juga Syamel sendiri, lagu ini turut dihasilkan bersama sebuah klip video menarik yang menampilkan lakonan hebat Syamel serta adik kepada pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha.

Sinopsis Curang 

Klip video lagunya menceritakan bagaimana watak Syamel yang bekerja keras untuk keluarganya disalah anggap oleh isterinya sendiri. Pada masa yang sama ‘watak’ Syamel mendapat tahu yang isterinya sedang bermain kayu tiga dengan adik suaminya sendiri. Selepas ternampak isteri keluar bercinta bersama adiknya sendiri, Syamel gagal menahan kemarahan dan terus menumbuk adiknya sehingga dia ditangkap polis dan dipenjarakan. Sebagai info,klip video terbitan Picturematter itu telah menjalani penggambaran di sekitar Malaysia dan Singapura.

”Lagu Curang merupakan karya terbaru hasil nukilan Aepul Roza dari Drama Band serta Syamel sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .” Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

Lagu ‘Curang’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

IKLAN

Video lirik dan muzik lagu ‘Curang’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry