Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Selain BTS, Artis Malaysia Ini Paling Banyak Distrim Menerusi Spotify

by Khai Azfar
December 4, 2019
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Spotify hari ini telah melancarkan “Wrapped” sebuah kempen akhir tahun yang mengumumkan artis, album, lagu, senarai main, dan podcast terkemuka yang menentukan bagaimana 248 juta orang di seluruh dunia mendengar dan mencari muzik serta podcast mereka sepanjang tahun 2019.

BTS Terus Unggul 

Dengan itu, perkhidmatan langganan strim audio paling popular di dunia ini telah mengumumkan bahawa BTS merupakan Artis Paling Banyak Distrim di Malaysia bagi tahun ini.

Dalam 2019, kumpulan K-pop ini berjaya meraih lebih daripada 3 bilion strim dari para peminat di seluruh dunia. Selain itu, lagu mereka “Boy With Luv”, bersama Halsey, juga dinamakan Lagu K-Pop Paling Banyak Distrim di peringkat global.

K-Pop terus mendominasi carta melalui artis-artis seperti BTS dan BLACKPINK yang memegang gelaran Kumpulan Paling Banyak Distrim di Malaysia, namun muzik pop arus perdana masih menjadi kegemaran ramai.

Ariana Grande, masih bertakhta di hati pengguna Spotify di negara ini dan merupakan Artis kedua Paling Banyak Distrim di Malaysia. Album thank u, next merupakan Album ketiga Paling Banyak Distrim secara global dan juga di Malaysia, manakala lagu “7 rings” adalah Lagu kelima Paling Banyak Distrim di Malaysia.

Antara Artis Paling Banyak Distrim di Malaysia juga termasuk Khalid, Ed Sheeran dan Post Malone. Selain itu, lagu hit “Señorita” oleh Shawn Mendes dan Camila Cabello, berjaya meraih 1 bilion strim di Spotify tahun ini – dan dinamakan Lagu Paling Banyak Distrim secara global dan juga Malaysia.

K-Clique Artis Tempatan Paling Banyak Distrim 

Di arena muzik tempatan, sesuatu yang membanggakan apabila K-Clique berjaya dinobatkan sebagai Artis Tempatan Paling Banyak Distrim pada tahun ini. Kumpulan rap yang masih baru di industri juga berjaya mengatasi artis-artis hebat lain seperti Faizal Tahir dan Dato Siti Nurhaliza.

Tangga keempat dan kelima carta Artis Tempatan yang Paling Banyak Distrim pula dipegang oleh SonaOne dan kumpulan pop-rock baru iaitu Insomniacks. 2019 merupakan tahun yang hebat untuk bakat muda Malaysia! Tahniah buat semua!

Carta 2019 Spotify Wrapped Tertinggi Malaysia

Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruhan)

  1. BTS
  2. Ariana Grande
  3. Khalid
  4. Ed Sheeran
  5. Post Malone

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim

  1. Khalid
  2. Ed Sheeran
  3. Post Malone
  4. Shawn Mendes
  5. Alan Walker

Artis Wanita Paling Banyak Distrim

  1. Ariana Grande
  2. Taylor Swift
  3. Billie Eilish
  4. Camila Cabello
  5. Halsey

Artis Tempatan Paling Banyak Distrim

  1. K-Clique
  2. Faizal Tahir
  3. Dato Siti Nurhaliza
  4. SonaOne
  5. Insomniacks

Kumpulan Paling Banyak Distrim

  1. BTS
  2. BLACKPINK
  3. Maroon 5
  4. TWICE
  5. 5 Seconds of Summer

Lagu Yang Paling Banyak Distrim

  1. “Señorita” – Camila Cabello, Shawn Mendes
  2. “Boy With Luv” – BTS feat. Halsey
  3. “Someone You Loved” – Lewis Capaldi
  4. “Sunflower” – Post Malone, Swae Lee
  5. “7 rings” – Ariana Grande

Album Paling Banyak Distrim

  1. Hollywood’s Bleeding – Post Malone
  2. Shawn Mendes – Shawn Mendes
  3. Thank u, next – Ariana Grande
  4. WHEN WE ALL FALL ASLEEP, WHERE DO WE GO? – Billie Eilish
  5. Love Yourself 結 ‘Answer’ – BTS
spotify
https://lomp.at/ldllq
Share22Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem