Wednesday, October 4, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] The Sacred Riana: Beginning Punyai Persamaan Dengan Filem IT?

by Khai Azfar
December 4, 2019
81
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini kami berkesempatan untuk menghadiri sidang media dan tayangan filem seram fantasi Indonesia The Sacred Riana: Beginning di TGV One Utama.

Filem Seram Fantasi 

Perasaan teruja untuk menonton filem ini ternyata semakin memuncak apabila kami dimaklumkan bahawa Riana sendiri turut berada dalam sesi itu.

Berkenaan Riana, ahli silap mata ini menjadi perhatian dunia apabila muncul sebagai pemenang Asia Got Talent 2017 dan filem ini sudah pasti dinanti-nantikan oleh para peminat kerana Riana sendiri merupakan pelakon utamanya.

Pada awalnya kami menyangkakan bahawa The Sacred Riana merupakan filem penuh dan asli mengenai dirinya. Namun ternyata kami salah kerana ianya merupakan sebuah naskhah seram fantasi akan tetapi masih diserapkan dengan beberapa kisah sebenar dan idea dari Riana sendiri.

‘Kebolehan’ Watak Lain Mencacatkan Jalan Cerita 

Pada permulaan filem ianya digarap dengan baik yang mana penonton akan mula memahami bagaimanakah Riana menjadi sebuah figura misteri sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, pertengahan filem ini seperti mencacatkan keseluruhannya disaat pengenalan watak-watak sampingan yang turut mempunyai kebolehan mereka tersendiri.

Bagi kami sekiranya watak-watak ini diteruskan tanpa kebolehan tersebut sudah pasti ianya akan menguatkan lagi jalan cerita filem ini. Malah dengan kesan CGI pada kebolehan salah satu watak yang mengingatkan kami pada era filem Mak Lampir agak mengecewakan.

Seperti Watak Filem IT 

Dari aspek lain, kemunculan watak antagonis nya, Bava Gogh yang merupakan entiti seram dari era kolonial Belanda punyai kekuatan dan kelemahannya. Kelebihannya suka untuk kami gambarkan seperti watak Pennywise dalam filem IT yang gemar pada kanak-kanak sehingga pengakhiranya membunuh mereka.

Sama juga seperti Bava Gogh, dengan solekannya yang agak menyeramkan sedikit sebanyak memberi rasa seram tatkala menonton The Sacred Riana.

Meskipun begitu, dalam masa yang sama watak ini sedikit kurang apabila dialognya dituturkan di dalam bahasa Indonesia biarpun penonton sedia maklum Bava Gogh bukanlah dari negara itu. Sekiranya dialog entiti tersebut dikekalkan dalam bahasa Ibunda nya dan ditambah dengan kesan suara dalaman sudah pasti ianya bakal menjadi watak hantu yang cukup epik!

Secara keseluruhannya biarpun ada beberapa bahagian yang kurang memuaskan, namun bagi kami The Sacred Riana : Beginning kelemahan tersebut boleh dimaafkan memandangkan ianya merupakan bahagian pertama filem ini dan kami sendiri menyukai watak Riana.

Dengan pengumuman dari pengarahnya mengenai sekual kedua pada tahun hadapan, sudah pasti kami ingin menontonnya. Filem The Sacred Riana : Beginning akan mula ditayangkan serentak di seluruh pawagam TGV tanah air bermula pada 12 Disember ini.

Sinopsis The Sacred Riana : Beginning 

The Sacred Riana mengisahkan Riana sewaktu kecil tinggal bersama ibu bapanya di sebuah rumah usang.

Disebabkan terdapat musibah yang melanda, mereka terpaksa berpindah ke rumah bapa saudaranya di Jakarta dan disitulah Riana bertemu dengan anak patung yang dikenali sebagai Riani.

YouTube video

Meningkat dewasa perilaku Riana semakin aneh sehingga gurunya datang bertemu dengan keluarga Riana yang sering tidak hadir ke sekolah. Lebih parah, musibah turut menimpa ibubapa Riana membuatkan keluarganya berasa terdapat sesuatu gangguan entiti pada gadis tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER review filem the sacred riana : beginningsinopsis filem the Sacred RianaThe Sacred Riana
Share35Tweet19SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Puteri Ameerah Dipuji Cantik & Anggun Oleh Rakyat!-“Cara Dia Berjalan Ada CLASS!”

  2. 2

    [VIDEO] “Saya Nak Tidur Dengan Tenang, Itu Jer”- Khairul Aming

  3. 3

    [VIDEO] Zarina Zainuddin Persoal Kenapa Tidak Romantik, Jawapan Azal Buat Netizen Tersentuh!

  4. 4

    Ini Jawapan Kajol Selepas Dikhabarkan Telah Bercerai Dengan Ajay Devgn

  5. 5

    Jebat Nak Pergi Jepun Dengan Mummy, Baba & Aunty Amelia?-“Dia Bagi Hint Ke Ni?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes