Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Kenali Sundar Pichai, Kini Boss Nombor Satu di Google & Alphabet

by Phic ARMAN
December 4, 2019
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti yang dilaporkan oleh CNBC, pengasas Google, Larry Page menyatakan meletakkan jawatannya sebagai CEO Alphabet. Posisi ini kini diambil alih oleh Sundar Pichai.

Oleh itu, Sundar Pichai yang sebelum ini berkhidmat sebagai CEO Google kini sekaligus menjadi CEO Alphabet, syarikat induk Google yang diasaskan pada tahun 2015. Dia juga menjadi eksekutif nombor satu di Google dan Alphabet juga.

Selain Larry Page, seorang lagi pengasas Google yang lain, Sergey Brin, meletak jawatan dari kedudukannya sebagai Presiden Alphabet. Kedudukan itu kini dimansuhkan dalam struktur syarikat.

“Alphabet dan Google tidak lagi memerlukan dua Ketua Pegawai Eksekutif dan seorang Presiden,” Sundar Pichai menulis di blog rasmi Google.

Berasal Dari Keluarga Sederhana

Dipetik dari BusinessInsider, Pichai, yang nama penuhnya sebenarnya Pichai Sundararajan, dibesarkan di Chennai, India. Ayahnya merupakan seorang jurutera elektrik dan ibunya seorang ahli stenographer.

Kehidupan masa kecilnya agak sederhana, dan difahamkan dia sendiri tidur bersama adik beradiknya di ruang tamu di kediaman 2 bilik mereka.

Miliki Bakat Luar Biasa

Pada awalnya, Pichai mempunyai bakat mampu mengingati nombor. Keluarganya mula sedar akan kelebihan ini apabila dia dapat mengingat semula setiap nombor telefon yang pernah didailnya menerusi telefon putar mereka.

Sertai Google Pada Tahun 2004

Sebelum menjadi ketua eksekutif, lelaki yang kini berusia 47 tahun  itu telah memegang beberapa jawatan tinggi di Google.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Chrome dan Android di Google. Pichai menyertai Google pada tahun 2004. Pada masa itu beliau ditugaskan untuk membangunkan produk dan perisian oleh google.

Senarai produk yang dikendalikannya termasuk Chrome, OS Chrome, Gmail,  Google Map hinggalah ke Google Drive.

Kerjaya Pichai berkembang di Google. Pada tahun 2013 dia diberi kepercayaan untuk memimpin pembangunan sistem operasi Android yang menggantikan Andy Rubin.

Sundar Pichai berkahwin dengan Anjali dan mereka berdua dikurniakan anak lelaki, Kiran, dan anak perempuannya, Kavya.

Pada tahun 2015 ketika Alphabet ditubuhkan, Pichai diminta menggalas tanggungjawab sebagai CEO Google. Kini, dengan pengambilalihan Alphabet, dia kini berada di kedudukan  tertinggi dalam syarikat induk Google.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet dan Ketua Pegawai Google, Pichai akan menjadi eksekutif yang bertanggungjawab untuk memimpin Google, serta menguruskan pelaburan Alphabet.

https://lomp.at/8ka4c
Share18Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem